BTR Fasa 1 : Tarikh Bayaran Bantuan Tunai Rakyat (BTR) Untuk Isi Rumah

BTR Fasa 1. Perdana Menteri Ke-10 Dato Seri Anwar Ibrahim memberitahu dalam ucapannya, Bantuan Tunai Rakyat (BTR 2023) akan diteruskan iaitu pada tahun ini.

Untuk makluman anda, Bantuan Tunai Rakyat (BTR) merupakan bantuan yang sama seperti bantuan-bantuan sebelum ini seperti Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) dan Bantuan Prihatin Rakyat (BPR).

Untuk info lanjut, ikuti perkongsian dibawah.

BANTUAN TUNAI RAKYAT (2023)

Kerajaan bersetuju akan meneruskan Bantuan Tunai Rakyat (BTR) yang dilaksana kerajaan terdahulu dengan Fasa 1 akan disalur pada bulan Januari nanti.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, bantuan tunai ini akan memanfaatkan seramai 9 juta penerima yang layak dengan peruntukan berjumlah RM2 bilion.

BAYARAN BTR 2023 DI AWALKAN

Bantuan Tunai Rakyat itu sebelum ini dijadualkan akan diberikan pada Mac 2023 namun selepas melihat keadaan rakyat, kerajaan bersetuju untuk memberikan pada Januari tahun 2023.

BTR Fasa 1

Baca Juga:

JUMLAH BAYARAN BANTUAN TUNAI RAKYAT

Menurut Datuk Seri Anwar Ibrahim, setiap isi rumah yang berkelayakan akan menerima bayaran pertama Januari nanti pada kadar :

  • Kategori Isi Rumah : RM300
  • Bujang : RM100

PERMOHONAN DAN KEMASKINI

Untuk makluman, proses permohonan dan kemaskini maklumat hanya boleh dijalankan pada permulaan tahun depan.

Pihak kami belum mengeluarkan pautan rasmi untuk membolehkan penerima membuat permohonan dan kemaskini melalui talian.

Walaubagaimanapun, pihak kami akan maklumkan dari semasa ke semasa sekiranya ada info mengenainya.

TARIKH BAYARAN BTR FASA 1

Perdana Menteri telah memberitahu didalam ucapannya, bayaran fasa pertama akan mula dilaksanakan pada :

  • 15 Januari 2023

Pihak kami JANGKAKAN bayaran BTR Fasa 1 akan mula dilaksanakan pada pertengahan bulan Januari ini.

Sumber : HMetro