Jadual Penuh Bayaran Bantuan Tunai Rakyat (BTR) Fasa 1 – Semak Sekarang!

Bayaran Bantuan Tunai Rakyat 2023 Fasa 1 diterus dan diawalkan pada Januari ini.

Perkara itu diumumkan melalui Mesyuarat Pertama, Penggal Pertama Parlimen Ke-15 Dewan Rakyat – 20 Disember 2022 (Sesi Pagi).

Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang Bantuan Tunai Rakyat 2023.

Bantuan Tunai Rakyat (BTR) 2023

Bantuan tahunan yang diperuntukkan oleh kerajaan kepada rakyat sebelum ini dikenali sebagai BSH, BPN, BPR dan BKM kini diberi nama BTR 2023.

Kerajaan yang lalu telah melaksanakan bantuan tunai ini dan akan disegerakan pembayarannya pada Januari berbanding Mac. Ini adalah kerana rakyat menghadapi beban kewangan dan keperluan musim tengkujuh pada masa ini.

Perdana Menteri berkata, bantuan tunai ini akan memanfaatkan hampit sembilan juta penerima dengan peruntukan berjumlah RM2 bilion

TERKINI: NOTIS BANTUAN TUNAI RAKYAT TELAH DIMAKLUMKAN

Dalam notis berkenaan, dimaklumkan bahawa:

  • Bayaran Fasa 1 BTR 2023 akan disalurkan pada Januari ini
  • Makluman tarikh pembayaran dan tarikh semakan akan diumumkan oleh Kementerian Kewangan Malaysia (MoF) dari semasa ke semasa.

Bayaran BTR

Baca Juga:

Jumlah Bayaran BTR Fasa 1

Ketua Isi Rumah (KIR) akan menerima RM300, manakala kategori bujang akan menerima bayaran RM100

Tarikh Bayaran BTR 2023

Kerajaan akan menyalurkan bayaran BTR 2023 Fasa 1 pada Januari 2023

Bantuan Keluarga Malaysia 2023

Berdasarkan Bajet 2023 yang telah diumumkan oleh Menteri Kewangan pada 7 Oktober 2023, Bantuan Keluarga Malaysia akan diteruskan bagi tahun 2023 dengan ketetapan berikut:

Pendapatan Isi Rumah: Kurang daripada RM2,500 sebulan

  • 5 Anak atau lebih: RM2,500
  • 1 – 4 Anak: RM1,000 – RM2,000

Pendapatan Isi Rumah: RM2,500 – RM5,000

  • 1 – 4 Anak (Bergantung bilangan anak): RM500 – RM1,250

Warga Emas Tiada Pasangan

  • RM600 (Bergantung Pendapatan)

Bujang

  • RM350 (Bergantung Pendapatan)

Bantuan tambahan untuk ibu / bapa tunggal

  • RM500 (Tambahan)

Semakan & Permohonan

Tiada website yang disediakan oleh pihak kerajaan untuk tujuan semakan dan permohonan. Anda perlu menghubungi pihak berkuasa yang berkaitan secara langsung.

Oleh itu, anda masih lagi boleh membuat semakan di sini https://bkm.hasil.gov.my/