TERKINI : Bayaran Bantuan Tunai Rakyat (BTR) Telah Dikreditkan

Bayaran Bantuan Tunai Rakyat 2023 Fasa 1 diterus dan diawalkan pada Januari ini.

Pada 20 Disember 2022 (Sesi Pagi), Mesyuarat Pertama, Penggal Pertama Parlimen Ke-15 Dewan Rakyat telah mengumumkan perkara itu. Bantuan Tunai Rakyat 2023 adalah salah satu perkara yang dikongsikan lebih lanjut.

Bantuan Tunai Rakyat (BTR) 2023

BTR 2023 adalah bantuan tahunan yang diperuntukkan oleh kerajaan kepada rakyat yang mana sebelum ini dikenali sebagai BSH, BPN, BPR dan BKM.

Bantuan tunai yang dilaksanakan oleh kerajaan yang lalu akan diteruskan dan disegerakan pada Januari berbanding yang dijadualkan pada bulan Mac. Ini kerana mengambilkira beban yang ditanggung rakyat saat ini dan keperluan musim tengkujuh.

Perdana Menteri berkata, bantuan tunai ini akan memanfaatkan hampit sembilan juta penerima dengan peruntukan berjumlah RM2 bilion.

Baca juga:

TERKINI: NOTIS BANTUAN TUNAI RAKYAT TELAH DIMAKLUMKAN MELALUI LAMAN WEB BKM

Dalam notis berkenaan, dimaklumkan bahawa:

  • Bayaran Fasa 1 BTR 2023 akan disalurkan pada Januari ini
  • Makluman tarikh pembayaran dan tarikh semakan akan diumumkan oleh Kementerian Kewangan Malaysia (MoF) dari semasa ke semasa.

Bantuan Tunai Rakyat

Tarikh Bayaran BTR 2023

Kerajaan akan menyalurkan bayaran BTR 2023 Fasa 1 pada 15 Januari 2023 (Bayaran Dikreditkan Secara Berperingkat Mengikut Bank Masing-Masing)

Bantuan Tunai Rakyat

Bantuan Keluarga Malaysia 2023

Berdasarkan Bajet 2023 yang telah diumumkan oleh Menteri Kewangan pada 7 Oktober 2023, Bantuan Keluarga Malaysia akan diteruskan bagi tahun 2023 dengan ketetapan berikut:

Pendapatan Isi Rumah: Kurang daripada RM2,500 sebulan

  • 5 Anak atau lebih: RM2,500
  • 1 – 4 Anak: RM1,000 – RM2,000

Pendapatan Isi Rumah: RM2,500 – RM5,000

  • 1 – 4 Anak (Bergantung bilangan anak): RM500 – RM1,250

Warga Emas Tiada Pasangan

  • RM600 (Bergantung Pendapatan)

Bujang

  • RM350 (Bergantung Pendapatan)

Bantuan tambahan untuk ibu / bapa tunggal

  • RM500 (Tambahan)

Jumlah Bayaran BTR Fasa 1

Ketua Isi Rumah (KIR) akan menerima RM300, manakala kategori bujang akan menerima bayaran RM100

Semakan & Permohonan

Website untuk tujuan semakan dan permohonan tidak disediakan oleh pihak kerajaan. Pejabat kerajaan yang berkenaan perlu dihubungi secara langsung oleh anda.

Oleh itu, anda masih lagi boleh membuat semakan di sini https://bkm.hasil.gov.my/