Pengeluaran KWSP 2023 – Tuntutan Pengeluaran Kali Terakhir!

Pengeluaran KWSP 2023. Memang tidak dinafikan ramai yang mengeluh begitu sukar dan begitu lama duit masing-masing tersimpan dalam kantung dengan caruman yang dilakukan melalui I-akaun KWSP online

Anda mungkin sudah tahu bahawa anda boleh membuat pengeluaran KWSP dari akaun 2 anda untuk pelbagai tujuan. Namun, adakah anda tahu syarat-syarat yang ditetapkan oleh pihak KWSP untuk pengeluaran ini?

Pengeluaran KWSP boleh dilakukan untuk keperluan peribadi anda, seperti membina atau mengubah suai rumah, melanjutkan pendidikan, atau memenuhi keperluan lain. Anda perlu memastikan bahawa anda memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan sebelum membuat pengeluaran KWSP.

Pengeluaran KWSP 2023

Pengeluaran KWSP Akaun 2 Untuk Tujuan Peribadi

Berikut anda boleh semak butiran termasuk jenis pengeluaran, borang permohonan, cara memohon duit pengeluaran Akaun 2 KWSP untuk peribadi 2023

1) Pembayaran Ibadah Haji

Anda boleh menggunakan duit KWSP anda untuk menampung kos haji anda dengan mengisi borang permohonan pengeluaran i-Akaun di laman web KWSP. Anda juga perlu mendaftar dengan Lembaga Tabung Haji untuk mendapatkan nombor pendaftaran haji. Pengeluaran KWSP anda akan dibayar terus ke akaun Tabung Haji anda.

2) Pembayaran Rawatan Perubatan

Jika anda menghadapi masalah melibatkan masalah kesihatan dan 36 penyakit kritikal, anda boleh melakukan pengeluaran pada akaun 2 bagi menampung kos perubatan dan pembelian alat kesihatan.

Baca Juga:

3) Pengeluaran Untuk Pembelian Rumah

Pihak KWSP memberi kemudahan untuk membantu ahlinya memiliki rumah pertama sendiri sama ada melalui pembinaan rumah sendiri, membeli rumah subsale, rumah lelong, atau beli melalui Permohonan Rumah Mesra Rakyat 2022.

4) Pengeluaran Untuk Pendidikan

Bagi yang ingin menyambung pengajian ke peringkat pengajian tinggi perlu membayar yuran yang mahal untuk menikmati kemudahan Universiti.

KWSP memberikan pilihan dan kemudahan pengeluaran EPF untuk anda menampung pengajian anak anda jika kemudahan Pinjaman PTPTN tidak mencukupi.

Cara Semak Baki Akaun KWSP

Berikut adalah merupakan cara untuk anda melakukan semakan baki akaun pengeluaran KWSP 2023 milik anda:

1. Sila Log Masuk ke i-Akaun di laman https://secure.kwsp.gov.my/member/member/login2. Selepas login dengan kata laluan baru, anda boleh terus melakukan semakan pada penyata anda.
3. Untuk semak baki Akaun KWSP anda, ikut pautan ini dan pilih ‘Penyata Tahun Semasa / Tahun Sebelumnya’.
4. Baki simpanan Akaun-1 dan Akaun-2 KWSP anda akan dipaparkan.
5. Anda boleh cetak sekiranya dirasakan perlu.

Semoga segala urusan pengeluran khas KWSP 2.0 kita semua dipermudahkan.