Bantuan i-Suri. i-Suri KWSP adalah satu insentif khas yang ditawarkan kepada golongan suri rumah untuk mencarum di KWSP. Insentif ini diwujudkan untuk menghargai peranan dan sumbangan golongan suri rumah kepada keluarga dan negara. Dengan menyertai i-Suri KWSP, golongan suri rumah boleh menikmati pelbagai faedah seperti perlindungan sosial, simpanan persaraan dan pinjaman perumahan.
Berikut dikongsikan syarat kelayakan, faedah dan cara untuk memohon i-Suri KWSP.
CARA DAFTAR I-SURI KWSP
Pendaftaran boleh dilakukan dengan pergi ke cawangan KWSP berdekatan dengan tempat anda dengan membawa bersama borang permohonan yang dimuat turun menerusi pautan seperti berikut:
- MyKad
- Borang i-Suri KWSP 16G (M) (Pendaftaran Kali Pertama Sahaja)
- Borang i-Suri KWSP 6A (2) (Semasa Pembayaran)
Baca Juga:
- STR Fasa 1 : Semakan Status Pembayaran Untuk Isi Rumah
- Polis Diraja Malaysia Buka Pengambilan Secara Besar-Besaran 2023
SIAPA YANG BOLEH MENCARUM?
- Diri sendiri (isteri)
- Suami kepada pasangan yang layak
Tambahan: Bagi suri rumah, anda hanya dibenarkan memilih satu insentif sahaja pada satu masa, sekiranya anda sudah mendaftar dengan Insentif Persaraan ( i-Saraan), anda perlu membatalkannya dahulu sebelum membuat permohonan baru bagi i-suri.
SYARAT KELAYAKAN PENDAFTARAN I-SURI KWSP
Berikut dikongsikan syarat kelayakan pendaftaran i-Suri KWSP:
- Warganegara Malaysia
- Golongan suri rumah yang berdaftar dalam Pangkalan Data Kemiskinan Nasional (eKasih) setakat 30 November 2019.
- Mencarum sekurang-kurangnya RM5 sebulan atau RM60 setahun ke dalam akaun KWSP
- Isteri kepada Ketua Isi RUmah (KIR/Wanita (KIR)
- Belum mencapai umur 60 tahun.
FAEDAH BANTUAN I-SURI KWSP
Berikut dikongsikan faedah bantuan i-Suri KWSP:
- Wang tunai sebanyak RM40 setiap bulan atau sehingga RM480 dalam setahun akan diberikan oleh kerajaan kepada anda, bergantung kepada jumlah yang layak.
- Menerima dividen tahunan KWSP
- Bantuan Kematian: RM2500
Insentif kerajaan hanya akan dibayar apabila anda memenuhi syarat yang telah ditetapkan seperti berikut:
- Isteri kepada Ketua Isi Rumah (KIR) yang telah berdaftar di dalam E-Kasih: ATAU
- KIR wanita status balu, belum pernah berkahwin atau telah bercerai yang berdaftar dalam eKasih.
- Belum mencapai umur 60 tahun
- Terdapat caruman sukarela yang dibuat ke akaun KWSP ahli berjumlah RM5 sebulan atau RM60 setahun.
CARA BAYARAN
Berikut dikongsikan cara untuk membuat pembayaran:
- Tunai atau cek di kaunter peresitan KWSP.
- Tunai atau cek di kaunter panel bank KWSP (MBB,PBB,RHB dan BSN)
- Pindahan wang melalui perbankan internet oleh bank yang dilantik MBB atau PBB
Tambahan: KWSP akan membuat tuntutan sumbangan kerajaan secara berkala berdasarkan caruman bagi separuh tahun tempoh pertama (Januari sehingga Jun) dan separuh tahun tempoh kedua (Julai hingga Disember) setiap tahun. Wang sumbangan akan dikreditkan ke akaun ahli selepas KWSP menerimanya daripada kerajaan. Sumbangan ini akan dikreditkan ke dalam Akaun 1 ahli ( Akaun Persaraan dan Akaun 2.
MAKLUMAT TAMBAHAN BANTUAN i-SURI
Untuk maklumat lanjut berkaitan i-Suri KWSP anda bolehlah layari laman web
https:www.kwsp.gov.my/