Bantuan Tambahan Automatik RM700 Dikreditkan Januari Ini

Bantuan Tambahan Automatik RM700. Bantuan MySalam adalah satu skim perlindungan kesihatan percuma yang ditawarkan oleh Kerajaan kepada individu yang layak. Anda tidak perlu memohon untuk menerima bantuan ini kerana ia akan diberikan secara automatik kepada penerima Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) mulai tahun 2022 .Bantuan ini meliputi pembayaran tunai RM8,000 sekiranya anda didiagnos dengan salah satu daripada 45 penyakit kritikal dan elaun hospitalisasi harian RM50 sehingga 14 hari di hospital Kerajaan, tentera atau universiti . Bantuan MySalam akan berterusan sehingga tahun 2023.

Bantuan MySalam adalah merupakan sebuah inisiatif skim takaful perlindungan kesihatan percuma yang menyediakan perlindungan takaful untuk golongan berpendapatan rendah menerusi Dana Amanah MySalam.

Skim ini bertujuan untuk membantu memudahkan kehidupan mereka yang berpendapatan rendah untuk menjalani kehidupan normal apabila berhadapan dengan cabaran kewangan dengan penyakit yang dihidap.

MANFAAT BANTUAN TAMBAHAN RM700 AUTOMATIK

Berikut dikongsikan manfaat yang bakal diterima oleh para pemohon yang layak adalah seperti berikut:

  • Menerima bayaran RM8,000 yang diagihkan dalam masa yang akan diumumkan.
  • Menerima bayaran harian untuk tempoh 14 hari setahun pada kadar RM40 sehari atau RM700 setahun.
  • Berita baik buat seluruh rakyat Malaysia kerana Skim Perlindungan MySalam akan diperluaskan kepada para penerima BKM yang layak bermula pada tahun 2022.

Bantuan Tambahan Automatik

Baca Juga:

CARA MENEBUS MYSALAM

Berikut dikongsikan cara untuk menebus bantuan RM700 MySalam:

  • Mereka yang menerima BSH/BPR secara automatik layak dan akan dimasukkan ke dalam sistem MySalam dengan serta-merta.
  • Semakan boleh dilakukan menerusi pautan rasmi MySalam di https://www.mysalam.com.my/b40/info/
  • Semua penerima yang layak akan dimaklumkan menerusi sistem SMS
  • Tetapi jika anda layak namun tidak menerima SMS, anda boleh menghantar emel di info@mysalam.com.my atau hubungi talian 1-300-888-938

Bantuan Tambahan Automatik

SENARAI PENYAKIT YANG BOLEH MENUNTUT BANTUAN TAMBAHAN RM700 AUTOMATIK

Berikut adalah merupakan senarai penyakit yang membolehkan anda atau keluarga anda untuk menebus bantuan MySalam:

  • Meningitis Bakteria
  • Alzheimer / Demensia teruk
  • Kanser
  • Pembedahan Otak
  • Koma
  • AIDS Gejala Penuh
  • Serangan Jantung
  • Jangkitan HIV
  • Stroke / Angin Ahmar
  • Dan penyakit-penyakit kritikal yang lain – boleh rujuk DI SINI