Cara Claim RM200 Kredit E-Wallet Februari 2023 Untuk Rakyat Malaysia

Inisiatif bantuan e-Pemula atau e-wallet adalah skim yang ditawarkan oleh kerajaan setiap tahun untuk membantu golongan yang memerlukan. Pada tahun 2023, kerajaan telah melanjutkan skim ini dan menambah nilai bantuan kepada RM200 berbanding RM150 pada tahun sebelumnya.

Pada tahun ini terdapat pelbagai inisiatif yang baru diperkenalkan oleh kerajaan dan tidak ketinggalan bantuan sedia ada sebelum ini diteruskan pada tahun 2023 seperti bantuan ewallet.

BANTUAN E-WALLET 2023

Untuk makluman program bantuan e-wallet ini telah lama diperkenalkan dan masih relevan diteruskan sehingga sekarang. Ini adalah salah satu tanda keprihatinan kerajaan kepada rakyat Malaysia.

Bantuan e-Wallet

e-PEMULA 2023

e-Pemula 2023 adalah sebuah bantuan kerajaan yang diberikan secara kredit sahaja dan tidak boleh ditukar kepada tunai ringgit. Pelaksanaan bantuan ini bukanlah satu benda yang asing kerana telah diberikan sejak tahun 2021 lagi.

Tujuan utama pemberian bantuan secara kredit ini adalah untuk mendorong rakyat untuk melakukan pembelian secara kredit kerana ia lebih mudah dan selamat.

TARIKH BAYARAN BANTUAN KHAS INI

Tarikh bayaran bagi bantuan khas ini belum diumumkan setakat ini. Dijangkakan pengumuman bayaran bakal dilaksanakan pada pertengahan tahun ini.

Baca Juga:

JUMLAH BANTUAN e-WALLET 2023

Pemberian bantuan e-Wallet kredit ini bagi tahun 2021 dan 2022 adalah berjumlah RM 150. Tetapi berita baik kepada rakyat, jumlah bantuan ini telah dinaikkan kepada RM 200 seorang bermula tahun ini.

Bantuan e-Wallet RM 100 kini boleh dinikmati oleh kategori belia M40 yang sebelum ini tidak layak menerima. Ini menunjukkan bahawa golongan tersebut diambil kira oleh kerajaan dalam tahun ini.

SYARAT KELAYAKAN BANTUAN

Ini adalah syarat kelayakan bagi e-Pemula 2023 yang dinyatakan:

  • Diberikan kepada golongan belia dan bujang berumur 18 hingga 20 tahun
  • Turut diberikan kepada setiap mahasiswa dan mahasiswa warganegara Malaysia yang menyambung pelajar di mana-mana Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Institusi PengajianTinggi Swasta (IPTS)
  • Golongan di atas akan terima bantuan RM 200

Manakala untuk kategori M40 pula adalah seperti berikut:

  • Belia M40 yang mempunyai pendapatan tahunan kurang daripada RM 100 ribu layak untuk menerima bantuan ini.
  • Golongan ini terima bantuan RM 200

CARA UNTUK MELAKUKAN PENEBUSAN

Untuk mendapatkan bantuan ini, anda boleh mengikuti langkah-langkah yang sama seperti sebelum ini. Sila pilih dan muat turun salah satu aplikasi berikut yang sesuai dengan keperluan anda.

  • ShopeePay
  • BigPay
  • Touch N Go eWallet
  • GrabPay

Sila sahkan butiran anda dengan memuat naik butiran Kad Pengenalan yang sah.

MAKLUMAT LANJUT

Selain daripada bantuan e-wallet ini, terdapat pelbagai jenis bantuan yang telah dilaksanakan pada tahun ini. Sila layari laman rasmi Bajet 2023 – DI SINI