Kerajaan Luluskan Pengeluaran Khas KWSP Secara Bersasar

Pengeluaran Khas Wang KWSP. Pemuda UMNO mendakwa menerima banyak permintaan daripada orang ramai supaya menyuarakan pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Khas (KWSP) secara bersasar.

Tetapi tahukah ada banyak jenis pengeluaran yang boleh anda lakukan selagi mana mengikut syarat yang telah ditetapkan oleh pihak KWSP.

Anda boleh mengeluarkan wang dari akaun 2 KWSP untuk keperluan peribadi anda, sama ada untuk membina atau mengubah rumah, pendidikan, atau sebab-sebab lain seperti perubatan, perniagaan, atau persaraan. Ini adalah hak anda sebagai pencarum KWSP.

Pengeluaran Khas Wang KWSP Akaun 2 Untuk Tujuan Peribadi

Untuk memohon pengeluaran wang KWSP akaun 2 untuk peribadi 2022, anda perlu mengetahui butiran seperti jenis pengeluaran, borang permohonan dan cara memohon. Anda boleh rujuk kepada maklumat di bawah ini untuk mengetahui lebih lanjut mengenai proses pengeluaran.

1) Pembayaran Ibadah Haji

Anda boleh membuat permohonan pengeluaran KWSP i-Akaun untuk menggunakan simpanan daripada akaun anda bagi menampung perbelanjaan haji dan pendaftaran haji dengan Lembaga Tabung Haji. Ini dapat membantu anda menunaikan haji dengan lebih mudah dan ringan.

KWSP Khas

2) Pembayaran Rawatan Perubatan

Jika anda menghadapi masalah melibatkan masalah kesihatan dan 36 penyakit kritikal, anda boleh melakukan pengeluaran pada akaun 2 bagi menampung kos perubatan dan pembelian alat kesihatan.

3) Pengeluaran Untuk Pembelian Rumah

Pihak KWSP memberi kemudahan untuk membantu ahlinya memiliki rumah pertama sendiri.

Untuk memiliki rumah idaman, anda mempunyai beberapa pilihan. Anda boleh membina rumah anda sendiri mengikut citarasa anda, atau anda boleh membeli rumah yang sudah siap dari pasaran subsale atau lelong. Anda juga boleh memohon rumah mampu milik melalui program Rumah Mesra Rakyat 2022 yang ditawarkan oleh kerajaan.

Baca Juga:

KWSP Khas

4) Pengeluaran Wang KWSP Untuk Pendidikan

Untuk menikmati kemudahan Universiti, pelajar yang ingin melanjutkan pengajian ke peringkat pengajian tinggi perlu menanggung yuran yang mahal.

KWSP memberikan pilihan dan kemudahan pengeluaran EPF untuk anda menampung pengajian anak anda jika kemudahan Pinjaman PTPTN tidak mencukupi.

Semoga dengan pengeluaran yang dibenarkan ini dapat membantu serba sedikit rakyat Malaysia yang sangat memerlukan.