Bayaran Fasa Kedua Sebanyak RM300 Dikreditkan Februari Ini

BMT Fasa 2. Pada bulan Januari lalu, kerajaan telah melaksanakan Skim Tunai Rakyat (STR) dan mengumumkan Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) yang akan dilaksanakan pada bulan Februari. Individu yang layak akan menerima RM300 pada bulan ini sebagai bayaran BMT.

Bayaran ini akan dibuat dalam tiga fasa. Untuk maklumat lanjut, sila baca perkongsian di bawah.

BANTUAN MUSIM TENGKUJUH (BMT)

Sejumlah 12,138 peneroka tanaman getah di seluruh negara akan mendapat manfaat daripada Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) yang berjumlah RM9.7 juta. Pembayaran BMT ini akan dilakukan dalam tiga fasa, iaitu pada bulan ini, Februari dan Mac depan.

Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Nik Nazmi Nik Ahmad, berkata bayaran sebanyak RM800 akan dibuat secara terus ke dalam akaun bank peneroka berkenaan, membabitkan masing-masing RM300 dalam Fasa 1 (Januari) dan Fasa 2 (Februari) serta baki RM200 dalam Fasa 3 (Mac).

Baca Juga:

JUMLAH BAYARAN BMT FASA 2

Terdahulu, bayaran bagi Bantuan Musim Tengkujuh hanya sebanyak RM600 sahaja. Namun, atas dasar keprihatinan kerajaan, bantuan ini telah dinaik taraf dan individu yang layak bakal terima RM800.

Untuk fasa kedua bayaran ini, penerima yang memenuhi syarat akan menerima kredit ke akaun mereka pada bulan ini.

  • RM300

SENARAI PENERIMA BANTUAN

Berikut adalah senarai penerima bantuan BMT RM800 ini :

  • Hasil getah yang dihantar ke pusat pengumpulan getah FELDA berasal dari peneroka ladang getah.
  • Mereka yang tiada hasil kerana isu buruh atau serangan penyakit pokok getah;
  • Mereka yang dalam tempoh tanam semula bersama FELDA.

TARIKH BAYARAN

Mengenai tarikh bayarannya pula, bayaran BMT fasa 2 akan dilaksanakan :

  • Fasa 2 : RM300 (Februari)

SEMAKAN PERMOHONAN BMT FASA 2

Permohonan anda telah disemak dan keputusan boleh dilihat sekarang. Terima kasih kerana membuat permohonan kepada kami.

Terdapat 2 cara membuat semakan antaranya :

CARA PERMOHONAN BANTUAN BMT FASA 2

Untuk sedia maklum, permohonan BMT telah dibuka bermula pada tarikh 5 mei 2022 sehingga tarikh tutup permohonan pada 15 Oktober 2022 lalu.

Berikut adalah syarat kelayakan yang telah ditetapkan :

1) Pemohon pekebun kecil yang menyertai program tanam semula RISDA atau bukan di bawah mana-mana Agensi hendaklah menyertakan dokumen sokongan seperti berikut :

  • Kad Pengenalan pemohon asal dan salinan
  • Geran asal tanah dan salinan
  • Salinan buku akaun bank yang aktif

BMT Fasa 2

2) Pemohon penoreh bukan pemilik hendaklah menyertakan dokumen sokongan berikut :

  • Kad Pengenalan pemohon asal dan salinan
  • Salinan Kad Pengenalan pemilik tanah
  • Salinan geran lot yang ditoreh
  • Salinan buku akaun bank yang aktif
  • Salinan Kad PAT-G yang masih sah atau slip pengaktifan Kad PAT-G
  • Surat pengesahan daripada pemilik tanah / wakil yang sah

Permohonan boleh dibuat melalui portal rasmi pekebun kecil makmur iaitu :

MAKLUMAT LANJUT

Untuk maklumat atau pertanyaan lebih lanjut, sila hubungi Hotline BMT 2022 di 03-4256 4022 atau Bahagian Produktiviti Pemasaran RISDA.