Bantuan BLP 2023 : Terima Bayaran RM200 Setiap Seorang

Bantuan BLP 2023. Untuk memberi sokongan kepada golongan yang memerlukan, terutamanya golongan B40, pihak kerajaan telah mengambil langkah-langkah untuk menyediakan bantuan yang pelbagai.

Perkhidmatan bantuan kewangan yang disediakan di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk kumpulan sasar bagi meneruskan kelangsungan hidup dengan sempurna.

Ramai tak tahu bahawa selain daripada bantuan JKM untuk warga emas, OKU, kanak-kanak dan miskin tegar sebenarnya pihak JKM juga ada menyediakan Bantuan Latihan Perantis (BLP).

Ikuti perkongsian di bawah untuk ketahui maklumat lanjut Bantuan Latihan Perantis (BLP) dan cara memohon.

BANTUAN LATIHAN PERANTIS (BLP) JKM 2023

Tujuan Bantuan Latihan Perantis oleh JKM adalah:

  • Salah satu tugas kami adalah menyediakan sokongan dan bimbingan kepada klien Jabatan atau anak-anak penerima bantuan yang tidak dapat melanjutkan pelajaran dan mencari pekerjaan.
  • Serta bekas pelatih atau bekas penghuni institusi kebajikan untuk mendapatkan latihan kemahiran atau latihan sambil bekerja.

KADAR BANTUAN

Kadar bayaran yang disediakan kepada individu yang layak adalah sebanyak:

  • RM200 Sebulan Seorang

Baca Juga:

SYARAT KELAYAKAN

Permohonan adalah dibuka kepada individu yang memenuhi syarat kelayakan seperti berikut:

  • Warganegara dan bermastautin di Malaysia.
  • Anak-anak penerima bantuan atau bekas pelatih/bekas penghuni dari institusi kebajikan atau;
  • Kes-kes seliaan akhlak atau;
  • Bekas Pelatih Perintah Khidmat Masyarakat atau;
  • Mana-mana yang berkeperluan, layak dipertimbangkan dengan kelulusan KPKM.

NOTA: Kelulusan adalah berdasarkan tempoh latihan dan maksimum 24 bulan.

Bantuan BLP 2023

Senarai Bersama (Concurrent List) yang terkandung dalam senarai 3 – jadual kesembilan Senarai Perundangan Perlembagaan Persekutuan Malaysia menetapkan bahawa kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri berkongsi kuasa dalam melaksanakan bantuan kebajikan.

CARA MEMOHON BANTUAN LATIHAN PERANTIS (BLP) JKM 2023

Pengendalian permohonan bantuan kewangan dibuat di peringkat Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian di seluruh negara.

Setiap permohonan yang didaftarkan akan dijalankan siasatan untuk penilaian (means-tested) bagi mengesahkan kelayakan bantuan kepada pemohon. Urusan ini bersesuaian dengan prinsip penyampaian bantuan yang berdasarkan kepada kelayakan dan bukan hak.

Untuk memudahkan urusan pentadbiran, pemohon diminta membawa dokumen sokongan semasa hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian seperti berikut:

  • Salinan kad pengenalan diri pemohon
  • Salinan kad pengenalan suami / isteri / ibu / bapa / anak yang tinggal bersama
  • Salinan sijil kelahiran anak-anak / ahli keluarga yang tinggal bersama
  • Salinan penyata gaji (jika ada) dan
  • Lain-lain dokumen yang berkaitan.

Klik di bawah ini untuk mendapatkan dan muat turun borang permohonan Bantuan Latihan Perantis (BLP) JKM 2023:

Untuk maklumat lanjut, anda boleh terus ke laman web rasmi www.jkm.gov.my