Pengeluaran Penuh KWSP 2.0 Secara Online Kini Dibenarkan!

Pengeluaran Penuh KWSP. Untuk memberi sokongan kepada golongan yang memerlukan, kerajaan telah melaksanakan pelbagai bantuan khas di peringkat Negeri dan Persekutuan.

Untuk membantu ahli yang terjejas oleh pandemik Covid-19, KWSP telah melancarkan beberapa program pengeluaran simpanan. Program-program ini ialah i-Lestari, i-Sinar dan i-Citra. Mereka membolehkan ahli mengeluarkan sebahagian wang simpanan mereka dari Akaun 1 dan Akaun 2 KWSP.

Namun, sebenarnya pihak KWSP turut membenarkan pengeluaran penuh KWSP bersyarat mengikut kelayakan tertentu.

Pengeluaran Penuh KWSP

1. PEKERJA BERPENCEN

Bagi pekerja yang telah bersara atau memilih untuk bersara boleh mengeluarkan wang mereka sepenuhnya. Pekerja bersara bermaksud pekerja yang telah melepaskan jawatan di bawah undang-undang tertulis dalam perkhidmatan bersara oleh kerajaan Malaysia atau kerajaan Negeri atau badan berkanun atau tempatan.

2. BERUMUR 55 TAHUN

Ahli yang mencapi usia 55 tahun dibenarkan membuat pengeluaran penuh simpanan mereka kerana Akaun 1 dan Akaun 2 akn digabungkan. Jika pencarum memilih untuk terus bekerja selepas usia 55 tahun, caruman yang diterima selepas itu akan dikreditkan ke dalam Akaun Emas yang hanya boleh dikeluarkan apabila anda mencapai umur 60 tahun.

Baca Juga:

3. KEHILANGAN UPAYA

Untuk membuat pengeluaran penuh simpanan mereka, ahli KWSP yang tidak lagi boleh bekerja perlu mendapatkan pengesahan kehilangan upaya daripada pegawai perubatan. Malah, mereka juga layak mendapat RM 5,000 sebagi Bantuan Hilang Upaya untuk meringankan beban mereka.

4. MENINGGALKAN NEGARA

Untuk berhijrah ke negara lain, ahli yang telah melepas atau melucutkan taraf kewarganegaraan mereka boleh mengeluarkan kesemua simpanan mereka di KWSP.

5. KEMATIAN

Apabila ahli meninggal dunia, pengeluaran penuh simpanan mereka boleh dibuat melalui waris terdekat. Oleh hal demikian, pihak KWSP menggalakkan para ahlinya membuat penamaan bagi memudahkan urusan pengeluaran selepas kematian.

Bagi mereka yang menepati syarat-syarat yang telah ditetapkan, permohonan pengeluaran penuh KWSP ini boleh dibuat secara atas talian (online) di Sistem i-Akaun 1 KWSP atau secara manual di cawangan-cawangan KWSP berdekatan.

Maklumat lengkap berkenaan pengeluaran KWSP, boleh diteliti di Portal Rasmi KWSP – DI SINI.