Bantuan Tambahan RM200 Setiap Seorang Untuk Rakyat Malaysia

Bantuan Tambahan RM200. Untuk memberi sokongan kepada mereka yang menghadapi kesulitan hidup, terutamanya golongan B40, kerajaan telah mengambil langkah-langkah untuk memberikan bantuan yang pelbagai.

Untuk memastikan kumpulan sasar dapat menjalani kehidupan yang baik, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menawarkan perkhidmatan bantuan kewangan di bawah skop tugasnya.

Ramai tak tahu bahawa selain daripada bantuan JKM untuk warga emas, OKU, kanak-kanak dan miskin tegar sebenarnya pihak JKM juga ada menyediakan Bantuan Latihan Perantis (BLP).

Ikuti perkongsian di bawah untuk ketahui maklumat lanjut Bantuan Latihan Perantis (BLP) dan cara memohon.

BANTUAN LATIHAN PERANTIS (BLP) JKM 2023

Tujuan Bantuan Latihan Perantis oleh JKM adalah:

  • Untuk membantu klien Jabatan atau anak-anak penerima bantuan yang tercicir daripada persekolahan dan menganggur.
  • Untuk mendapatkan latihan kemahiran atau latihan sambil bekerja, anda boleh menghubungi bekas pelatih atau bekas penghuni yang pernah berada di institusi kebajikan.

Baca Juga:

SYARAT KELAYAKAN BANTUAN TAMBAHAN RM200

Permohonan adalah dibuka kepada individu yang memenuhi syarat kelayakan seperti berikut:

  • Warganegara dan bermastautin di Malaysia.
  • Orang-orang yang menerima bantuan atau yang pernah menjalani latihan/tinggal di institusi kebajikan, sama ada anak-anak atau dewasa;
  • Kes-kes seliaan akhlak atau;
  • Bekas Pelatih Perintah Khidmat Masyarakat atau;
  • Mana-mana yang berkeperluan, layak dipertimbangkan dengan kelulusan KPKM.

NOTA: Kelulusan adalah berdasarkan tempoh latihan dan maksimum 24 bulan.

Bantuan Tambahan RM200

Pelaksanaan bantuan kebajikan adalah selaras dengan Senarai Bersama (Concurrent List) antara kerajaan persekutuan dengan kerajaan negeri, yang termaktub dalam peruntukan Perlembagaan Persekutuan Malaysia di bawah senarai 3 – jadual kesembilan Senarai Perundangan.

KADAR BANTUAN

Kadar bayaran yang disediakan kepada individu yang layak adalah sebanyak:

  • RM200 Sebulan Seorang

CARA MEMOHON BANTUAN TAMBAHAN RM200

Pengendalian permohonan bantuan kewangan dibuat di peringkat Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian di seluruh negara.

Untuk mengesahkan kelayakan bantuan, setiap permohonan yang didaftarkan akan menjalani siasatan penilaian (means-tested). Prinsip ini memastikan bahawa bantuan disampaikan berdasarkan kelayakan dan bukan hak.

Untuk memudahkan urusan pentadbiran, pemohon diminta membawa dokumen sokongan semasa hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian seperti berikut:

  • Salinan kad pengenalan diri pemohon
  • Salinan kad pengenalan suami / isteri / ibu / bapa / anak yang tinggal bersama
  • Salinan sijil kelahiran anak-anak / ahli keluarga yang tinggal bersama
  • Salinan penyata gaji (jika ada) dan
  • Lain-lain dokumen yang berkaitan.

Klik di bawah ini untuk mendapatkan dan muat turun borang permohonan Bantuan Latihan Perantis (BLP) JKM 2023:

Untuk maklumat lanjut, anda boleh terus ke laman web rasmi www.jkm.gov.my