Bantuan Kewangan RM700 Untuk Semua Rakyat Malaysia

Bantuan Kewangan RM700. Adakah anda tahu bahawa bermula pada bulan November 2022 terdapat satu bantuan yang boleh anda terima secara automatik tanpa perlu melakukan permohonan iaitu bantuan MySalam dan bantuan ini masih lagi diagihkan sehingga tahun 2023. Skim takaful perlindungan kesihatan percuma bernama MySalam adalah inisiatif yang ditubuhkan untuk memberi perlindungan takaful kepada mereka yang berpendapatan rendah dengan menggunakan Dana Amanah MySalam.

Skim ini bertujuan untuk membantu memudahkan kehidupan mereka yang berpendapatan rendah untuk menjalani kehidupan normal apabila berhadapan dengan cabaran kewangan dengan penyakit yang dihidap.

MANFAAT BAYARAN BANTUAN TAMBAHAN RM700

Berikut dikongsikan manfaat yang bakal diterima oleh para pemohon yang layak adalah seperti berikut:

  • Menerima bayaran RM8,000 yang diagihkan dalam masa yang akan diumumkan.
  • Menerima bayaran harian untuk tempoh 14 hari setahun pada kadar RM40 sehari atau RM700 setahun.
  • Manfaat Skim Perlindungan MySalam akan diberikan kepada penerima BKM yang layak di seluruh Malaysia mulai tahun 2022. Ini merupakan berita gembira yang diterima oleh rakyat negara ini.

CARA MENEBUS MYSALAM

Berikut dikongsikan cara untuk menebus bantuan RM700 MySalam:

  • Penerima BSH/BPR akan secara automatik layak, mereka akan terus dimasukkan ke dalam sistem MySalam.
  • Semakan boleh dilakukan menerusi pautan rasmi MySalam di https://www.mysalam.com.my/b40/info/
  • Semua penerima yang layak akan dimaklumkan menerusi sistem SMS
  • Tetapi jika anda layak namun tidak menerima SMS, anda boleh menghantar emel di info@mysalam.com.my atau hubungi talian 1-300-888-938

Bantuan Kewangan RM700

Baca Juga:

SYARAT KELAYAKAN MYSALAM

Berikut adalah merupakan syarat kelayakan yang perlu anda ketahui sebelum melakukan permohonan:

  • Individu yang berumur antara 18 tahun sehingga 65 tahun dan pasangan.
  • Individu berumur antara 40 tahun sehingga 65 tahun dan pendapatan tahunan kurang RM24,000.
  • Individu OKU berumur antara 18 tahun sehingga 65 tahun dengan berpendapatan RM24,000 setahun.

Bantuan Kewangan RM700

SENARAI PENYAKIT YANG BOLEH MENUNTUT BAYARAN BANTUAN KEWANGAN RM700

Berikut adalah merupakan senarai penyakit yang membolehkan anda atau keluarga anda untuk menebus bantuan MySalam:

  • Meningitis Bakteria
  • Alzheimer / Demensia teruk
  • Kanser
  • Pembedahan Otak
  • Koma
  • AIDS Gejala Penuh
  • Serangan Jantung
  • Jangkitan HIV
  • Stroke / Angin Ahmar
  • Dan penyakit-penyakit kritikal yang lain – boleh rujuk DI SINI