Bantuan Lesen Memandu Percuma Untuk Rakyat Malaysia

Bantuan lesen memandu percuma kelas B2 untuk rakyat Malaysia telah diumumkan oleh pihak kerajaan pada sidang belanjawan 2023 (Malaysia Madani). Pada hari Jumaat bersamaan 24 Februari, belanjawan 2023 telah dibentangkan dalam sidang. Kerajaan telah mengumumkan beberapa inisiatif untuk rakyat yang memerlukan yang akan dilaksanakan pada tahun ini. Inisiatif-inisiatif ini adalah untuk makluman semua pihak.

Bantuan Lesen Memandu

PROGRAM BANTUAN LESEN MEMANDU

Salah satu inisiatif yang telah diumumkan adalah program bantuan lesen memandu percuma untuk rakyat Malaysia yang berkelayakan. Datuk Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri, telah mengumumkan bahawa kerajaan akan menanggung kos lesen memandu kelas B2. Beliau membuat kenyataan ini menerusi satu sidang media.

Perlaksanaan bantuan khas ini akan dijalankan pada tahun 2023. Program bantuan lesen ini bertujuan untuk membantu rakyat, khususnya belia yang merupakan aset negara, untuk meningkatkan ekonomi domestik dalam jangka panjang melalui sektor pengangkutan awam.

KATEGORI BANTUAN

Menerusi program bantuan lesen memandu ini, kerajaan bersetuju untuk menanggung kos bayaran bagi mereka yang ingin memperolehi lesen memandu B2. Kategori kelayakan bantuan lesen seperti berikut :

  • Ujian memandu motorsikal B2
  • E-hailing
  • Teksi
  • Bas

Perkara ini telah diumumkan Perdana Menteri melalui memenuhi keperluan ekonomi rakyat dalam sidang belanjawan BAJET 2023.

Baca Juga:

CARA PERMOHONAN

Kami ingin memaklumkan bahawa bantuan ini akan dilaksanakan secara rasmi pada tahun ini. Kami akan mengumumkan cara permohonan bantuan ini secepat mungkin untuk membolehkan rakyat Malaysia mengemukakan permohonan.

Diharapkan kerajaan akan melaksanakan program khas lesen memandu ini secepat yang mungkin demi membantu rakyat yang memerlukan. Perkara ini agar mereka dapat menjana pendapatan dari perkhidmatan membawa penumpang pada tahun ini.

SEMAKAN BANTUAN LESEN MEMANDU

Sama ada anda layak atau tidak menerima semakan bantuan lesen keluarga malaysia 2022 boleh disemak melalui pautan ini di portal rasmi di e-Kasih.

Untuk mendapatkan bantuan ini, anda perlu melepasi syarat kelayakan skim program ini dan nama anda perlu berada dalam sistem Portal Pembasmian Kemiskinan Ekasih. Anda akan diterima secara automatik jika kedua-dua syarat ini dipenuhi.

SYARAT KELAYAKAN

  • Warganegara Malaysia
  • Tidak pernah mengambil lesen sebelum ini
  • Mental dan fizikal sihat
  • Ahli-ahli tidak mempunyai kecacatan.
  • Nama anda tidak pernah disenaraihitamkan oleh PDRM Polis Diraja Malaysia dan Jabatan Pengangkutan Jalan JPJ

MAKLUMAT LANJUT

Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut mengenai Bantuan Lesen Memandu Keluarga Malaysia, anda boleh melayari laman Facebook Rasmi MOT – DI SINI.