Permohonan Bantuan Barang Dapur RM300 Kini Dibuka!

Permohonan bantuan barang dapur bernilai RM300 diberikan setiap bulan kepada pemohon yang berkelayakan sepanjang tahun 2023. Sebagai makluman, kerajaan negeri telah melancarkan program BINGKAS yang merupakan ewallet untuk membantu rakyat membeli barang keperluan dapur pada tahun ini.

BANTUAN KEHIDUPAN SEJAHTERA

Bagi mereka yang menghadapi kesulitan kewangan dan memerlukan bantuan barang dapur, anda boleh memohon kehidupan sejahtera Selangor. Permohonan ini adalah terbuka untuk golongan yang kurang bernasib baik di negeri ini. Untuk makluman, program eWallet BINGKAS ini adalah bantuan yang telah diperkenalkan pada tahun sebelum ini.

Permohonan Bantuan Barang Dapur

Untuk menunjukkan kepedulian kerajaan terhadap rakyat, program inisiatif ini akan diteruskan pada tahun 2023. Sejumlah RM108 juta telah disediakan sebagai peruntukan dan ia akan memberi faedah kepada 30,000 isi rumah (keluarga) yang layak. Perkara ini telah dimaklumkan oleh Menteri Besar Selangor iaitu Y.A.B Dato’ Seri Amirudin Shari semasa membentangkan Bajet 2023.

OBJEKTIF PERMOHONAN BANTUAN BARANG DAPUR

Perlaksanaan bantuan barang dapur BINGKAS ini adalah bagi mengiktiraf peranan penting ketua keluarga yang tidak mengenal erti penat lelah untuk mengurus hal ehwal ahli keluarga. Salah satu cabaran yang dihadapi oleh ibu bapa masa kini ialah bagaimana untuk mendidik dan membesarkan anak-anak mereka dalam suasana yang penuh dengan ketidakpastian dan kesulitan akibat pasca pendemik dan krisis ekonomi domestik. Ibu bapa perlu menyesuaikan diri dengan perubahan yang berlaku dalam masyarakat dan mencari cara yang terbaik untuk memberikan pendidikan dan asuhan yang berkualiti kepada anak-anak mereka.

KADAR BANTUAN

Kepada pemohon yang layak, mereka akan menerima insentif bernilai RM300 dalam bentuk ewallet dan akan dikreditkan jumlah yang sama setiap bulan. Bantuan khas ini boleh digunakan untuk pembelian barang keperluan asas dapur dan peralatan pendidikan di mana-mana pasaraya berdaftar.

Baca Juga:

CARA PERMOHONAN BANTUAN BARANG DAPUR

Untuk memudahkan proses permohonan anda, sila rujuk panduan yang terdapat di laman rasmi kerajaan. Panduan ini mengandungi langkah-langkah yang perlu diikuti oleh calon-calon yang berminat. Sila layari portal rasmi – BINGKAS

Untuk memudahkan proses semakan permohonan, sila sertakan dokumen penting yang diperlukan seperti berikut :

  • Salinan kad pengenalan pemohon
  • Untuk memudahkan proses permohonan, sila sediakan salinan kad pengenalan bagi pasangan anda dan ahli keluarga yang tinggal bersama anda.
  • Salinan sijil kematian / penceraian / laporan polis untuk kategori ibu bapa tunggal
  • Salinan penyata gaji untuk penjawat awam
  • Pengesahan penyata pendapatan untuk pemohon bekerja sendiri

Nota : Untuk semak syarat kelayakan pendaftaran, sila rujuk – DI SINI