Bayaran Bantuan Tambahan STR RM600 Dikreditkan Bulan Ini

Bayaran Bantuan Tambahan STR. Berita baik kepada penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR), pihak kerajaan sudah mengeluarkan jadual bayaran untuk STR tahun ini dan STR Fasa 2 bakal dibayar April ini.

Bantuan tambahan STR RM 600 diumumkan oleh Perdana Menteri untuk penerima yang layak pada Belanjawan 2023 lepas.

SUMBANGAN TUNAI RAHMAH STR 2023

Sumbangan Tunai Rahmah STR 2023 ialah program bantuan kerajaan yang disediakan kepada rakyat yang layak berdasarkan kriteria pendapatan, status perkahwinan dan tanggungan.

Sejak Januari, pembayaran STR telah berjalan dan ia akan berlangsung selama beberapa bulan lagi.

Inisiatif ini adalah usaha kerajaan untuk meringankan beban rakyat yang berhadapan dengan kos sara hidup yang melambung.

Baca Juga:

JUMLAH BAYARAN BANTUAN STR FASA 2

Mengenai jumlah pembayaran bantuan STR Fasa 2 pula, pembayaran terbahagi kepada beberapa kategori iaitu:

ISI RUMAH TIADA HAD UMUR

PENDAPATAN BULANAN RM 0 – RM 2,500

  • 0 Anak – RM 200
  • 1-2 Anak – RM 200
  • 3-4 Anak – RM 200
  • 5 Dan Lebih Anak – RM 200

PENDAPATAN BULANAN RM 2,501 – RM 5,000

  • 0 Anak – RM 200
  • 1-2 Anak – RM 200
  • 3-4 Anak – RM 200
  • 5 Dan Lebih Anak RM 200

Bayaran Bantuan Tambahan STR

WARGA EMAS SEBATANG KARA 60 TAHUN KE ATAS

  • RM 100

BUJANG (21-59 TAHUN) & BUJANG OKU (19-59 TAHUN)

  • RM 100

BAYARAN BANTUAN TAMBAHAN STR

Selain itu, Perdana Menteri turut umumkan sebuah bantuan tambahan RM 600 Sumbangan Tunai Rahmah kepada rakyat yang layak.

Isi rumah miskin tegar tiada had umur adalah penerima STR yang layak terima bantuan tambahan tersebut.

JADUAL BAYARAN STR FASA 2

Jumlah bantuan STR 2023 dan jadual bayaran yang berkaitan telah disiarkan di laman web rasmi Kementerian Kewangan untuk makluman anda.

Bagi STR Fasa 2, pembayaran akan dimulakan bermula April ini atau lebih tepat sebelum Hari Raya Aidilfitri 2023 dan Fasa 2 pula pada bulan Julai.

SEMAKAN STATUS STR FASA 2

Semakan status STR Fasa 2 boleh dibuat menerusi laman web STR di https://bantuantunai.hasil.gov.my/

CARA KEMASKINI STATUS STR 2023

Permohonan dan kemaskini STR Sumbangan Tunai Rahmah kini dibuka oleh kerajaan untuk mereka yang layak. Anda boleh membuat permohonan baru atau rayuan jika anda memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan.

Tempoh yang ditetapkan untuk permohonan dan pengemaskinian adalah mulai 1 Mac hingga 31 Mac 2023.

Berikut adalah cara kemaskini :

  • Pergi ke laman rasmi : https://bantuantunai.hasil.gov.my/
  • Log masuk MySTR
  • Tekan butang Kemas Kini Permohonan
  • Isi & kemaskini maklumat peribadi anda
  • Tekan Teruskan
  • Sahkan CAPTCHA
  • Sila Tick pada Perakuan Pemohon
  • Tekan Hantar

LANGKAH KEMASKINI PERMOHONAN STR

Berikut adalah langkah-langkah untuk mengemas kini permohonan anda yang telah dihantar sebelum ini:

MAKLUMAT LANJUT BAYARAN BANTUAN TAMBAHAN STR

Maklumat lanjut mengenai pembayaran STR, sila layari laman web https://bantuantunai.hasil.gov.my/