Inisiatif Baru Pengeluaran KWSP Untuk Rakyat Malaysia

Inisiatif Baru Pengeluaran KWSP. Ahmad Badri Mohd Zahir, Pengerusi Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), menyatakan bahawa inisiatif ini membolehkan pengeluaran KWSP atau pemindahan secara sukarela 2% daripada akaun suami kepada akaun isteri.

Untuk makluman anda, kami ingin berkongsi dengan anda beberapa butiran mengenai skim i-Sayang ini. Skim ini adalah satu inisiatif untuk membantu golongan yang terjejas akibat pandemik COVID-19.

Skim i-Sayang KWSP

Inisiatif i-Sayang adalah satu kemudahan yang ditawarkan oleh Kerajaan untuk memberi peluang kepada suami (pemberi) untuk memindahkan 2% daripada caruman syer pekerja yang diterima daripada majikan ke dalam akaun KWSP isteri (penerima). Tujuan inisiatif ini adalah untuk meningkatkan kesejahteraan isteri dan menjamin simpanan masa depan mereka. Permohonan i-Sayang boleh dibuat secara sukarela oleh suami melalui i-Akaun atau borang permohonan yang disediakan oleh KWSP. Pindahan caruman ini akan berlaku secara automatik setiap bulan dan tidak boleh dibatalkan melainkan berlaku penceraian atau kematian isteri.

Inisiatif Baru Pengeluaran KWSP

Cara Mohon i-Sayang KWSP (Inisiatif Baru Pengeluaran KWSP)

Permohonan pendaftaran i-Sayang dibuat secara sukarela oleh suami (pemberi) melalui dua (2) saluran berikut:

  • i-Akaun (Ahli); ATAU
  • Pejabat KWSP yang berhampiran berserta dengan Borang Permohonan Pendaftaran i-Sayang – KWSP 16G (SY) yang telah lengkap diisi.

Tiada sebarang dokumen sokongan yang diperlukan semasa proses pendaftaran i-Sayang.

Kelebihan Skim i-Sayang KWSP (Inisiatif Baru Pengeluaran KWSP)

Berikut dikongsikan kelebihan dan ciri-ciri skim i-Sayang KWSP:

  • Pindahan 2% caruman syer pekerja suami ke akaun KWSP isteri.
  • Permohonan adalah secara sukarela daripada suami dan pindahan akan dilakukan secara automatik setiap bulan apabila adanya caruman dari majikan yang dikreditkan ke dalam akaun KWSP suami.
  • Penerima (isteri) hanya boleh membatalkan pindahan caruman ini jika berlaku penceraian atau kematian suami (pemberi).
  • KWSP membahagikan caruman i-Sayang sebanyak 2% ke dalam akaun isteri (penerima) dengan mengkreditkan 70% ke dalam Akaun 1 dan 30% ke dalam Akaun 2.

Baca Juga:

Syarat Kelayakan i-Sayang KWSP

1) Suami – Pemberi

  • Warganegara Malaysia atau bukan warganegara
  • Ahli KWSP
  • Belum mencapai umur 75 tahun
  • Perkahwinan telah didaftarkan di bawah undang-undang Malaysia

2) Isteri – Penerima

  • Warganegara Malaysia atau bukan warganegara
  • Ahli KWSP
  • Belum mencapai umur 75 tahun
  • Perkahwinan telah didaftarkan di bawah undang-undang Malaysia

Pembatalan i-Sayang KWSP

Untuk makluman, pembatalan tidak boleh dilakukan terhadap pendaftaran i-Sayang yang telah diluluskan tanpa apa-apa sebab. Pembatalan oleh suami (pemberi) hanya dibenarkan jika isteri (penerima) bercerai atau meninggal dunia.

Sekiranya berlaku penceraian atau kematian isteri (penerima), suami (pemberi) perlu hadir segera ke kaunter KWSP untuk membuat permohonan pembatalan. Jika anda tidak memberitahu KWSP tentang perkara ini dengan segera, caruman anda akan dipindahkan secara automatik ke akaun isteri anda (penerima).

Maklumat Lanjut

Maklumat lanjut berkaitan i-Sayang boleh diperoleh melalui saluran-saluran berikut: