Tarikh Bayaran Bantuan Tambahan STR Fasa 2

Tarikh Bayaran Bantuan Tambahan. Berita baik kepada penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR), pihak kerajaan sudah mengeluarkan jadual bayaran untuk STR tahun ini dan STR Fasa 2 bakal dibayar April ini.

Penerima yang layak akan mendapat bantuan tambahan STR RM 600 yang diumumkan oleh Perdana Menteri pada Belanjawan 2023 lepas.

SUMBANGAN TUNAI RAHMAH STR 2023

SumbanganTunai Rahmah STR 2023 ialah program bantuan kerajaan untuk rakyat yang layak berdasarkan kriteria pendapatan, status perkahwinan dan tanggungan.

Tarikh Bayaran Bantuan Tambahan

Dalam beberapa bulan lagi, pembayaran STR akan berterusan. Pembayaran ini telah bermula sejak Januari.

Ia merupakan sebuah inisiatif kerajaan untuk membantu rakyat yang menangani kos sara hidup yang tinggi.

JADUAL & TARIKH BAYARAN BANTUAN TAMBAHAN STR FASA 2

Jadual bayaran STR 2023 dan jumlah bantuan yang akan diberikan telah disiarkan di laman web rasmi Kementerian Kewangan untuk makluman anda.

Pembayaran untuk STR Fasa 2 akan bermula pada bulan April ini, atau sebelum Hari Raya Aidilfitri 2023. Manakala, pembayaran untuk Fasa 3 akan dilakukan pada bulan Julai.

BANTUAN TAMBAHAN STR

Untuk membantu rakyat yang terjejas oleh pandemik, Perdana Menteri telah mengumumkan bahawa mereka yang layak akan menerima RM 600 Sumbangan Tunai Rahmah sebagai bantuan tambahan.

Isi rumah miskin tegar tiada had umur adalah penerima STR yang layak terima bantuan tambahan tersebut.

Baca Juga:

JUMLAH BANTUAN STR FASA 2

Mengenai jumlah pembayaran bantuan STR Fasa 2 pula, pembayaran terbahagi kepada beberapa kategori iaitu:

ISI RUMAH TIADA HAD UMUR

PENDAPATAN BULANAN RM 0 – RM 2,500

  • 0 Anak – RM 200
  • 1-2 Anak – RM 200
  • 3-4 Anak – RM 200
  • 5 Dan Lebih Anak – RM 200

PENDAPATAN BULANAN RM 2,501 – RM 5,000

  • 0 Anak – RM 200
  • 1-2 Anak – RM 200
  • 3-4 Anak – RM 200
  • 5 Dan Lebih Anak RM 200

WARGA EMAS SEBATANG KARA 60 TAHUN KE ATAS

  • RM 100

BUJANG (21-59 TAHUN) & BUJANG OKU (19-59 TAHUN)

  • RM 100

CARA MEMBUAT PERMOHONAN & KEMASKINI

Setakat ini pihak LHDNM tidak mengeluarkan sebarang pernyataan berkenaan permohonan yang tidak lulus dan begitu juga dengan pengemaskinian akaun. Selesai pembayaran Fasa 1, kemungkinan permohonan baru atau rayuan serta kemaskini akaun akan dibuka dengan segera.

Sebagai makluman anda, kami akan mengemaskini anda dengan info terkini dari masa ke masa. Harap bersabar dan terima kasih atas sokongan anda.

SEMAKAN STATUS TARIKH BAYARAN BANTUAN TAMBAHAN STR FASA 2

Semakan status STR Fasa 2 boleh dibuat menerusi laman web STR di https://bantuantunai.hasil.gov.my/