I-Fitri 2023 : Bantuan Tunai RM300 Untuk Semua Rakyat Malaysia

I-Fitri 2023. Bantuan i-fitri adalah bantuan khas yang diperuntukkan oleh Kerajaan Negeri Terengganu kepada rakyat yang layak untuk meringankan beban kewangan mereka menjelang Aidilfitri. Bantuan ini berjumlah RM300 sekali bayar dan boleh dimohon secara atas talian melalui sistem i-Bantuan sehingga 31 Mac 2023. Pemohon mestilah pengundi berdaftar di Terengganu dan mempunyai pendapatan isi rumah tidak melebihi RM2,500 sebulan. Bantuan i-fitri adalah salah satu daripada pelbagai inisiatif yang dijalankan oleh kerajaan negeri untuk membantu golongan memerlukan.

PERMOHONAN BANTUAN I-FITRI 2023

Untuk sedia maklum, bantuan i-fitri ini adalah merupakan insentif berbentuk bantuan tunai yang diberikan secara one-off. Tujuan bantuan ini adalah untuk memberi sokongan kepada mereka yang memerlukan dalam persiapan sambutan hari raya aidilfitri tahun ini.

Pihak kerajaan negeri telah membuka permohonan bermula dari 19 sehingga 31 Mac 2023. Permohonan boleh dilakukan secara atas talian (online), syarat kelayakan dan panduan permohonan disediakan di ruangan bawah.

KADAR BANTUAN

Kepada pemohon (isi rumah) yang layak akan menerima bayaran pada kadar jumlah sebanyak RM300 secara sekali bayar pada bulan April 2023.

I-Fitri 2023

Baca Juga:

PANDUAN PERMOHONAN BANTUAN I-FITRI 2023

Untuk permohonan bantuan khas sempena menyambut raya aidilfitri ini boleh dibuat secara online, panduan cara mohon telah disediakan. Sila layari laman rasmi iBantuan – DI SINI

SYARAT KELAYAKAN

Berikut telah disediakan syarat kelayakan yang telah ditetapkan bagi permohonan bantuan tahun ini seperti dibawah :

  • Warganegara Malaysia
  • Pemohon merupakan ketua isi rumah (KIR) pendapatan bulanan dibawah RM2,500 (b40)
  • Ketua isi rumah (KIR) pendapatan bulanan RM2,500 – RM5,000 (m40)
  • Sebagai seorang rakyat Terengganu, pemohon tinggal di negeri itu sendiri.
  • Mendaftar dalam sistem Profil Rakyat Terengganu (PRT20)
  • Merupakan pengundi berdaftar di Terengganu
  • Kepada penjawat awam dan latikkan kerajaan yang menerima elaun tetap secara bulanan tidak layak mohon bantuan ini.

Nota : Permohonan bantuan ini dibuka untuk rakyat negeri Terengganu sahaja, kepada mereka yang berkelayakan disarankan membuat permohonan sebelum tarikh tutup pada 31 Mac 2023.

TARIKH BAYARAN I-FITRI

Untuk persediaan hari raya puasa tahun ini, bayaran bantuan RM300 akan diberikan oleh pihak kerajaan negeri Terengganu kepada pemohon yang layak pada 17 April 2023.