Bantuan Khas Ramadan RM500 Mula Dikreditkan Hari Ini

Bantuan Khas Ramadan. Penerima Bantuan Kewangan Bulanan MAIWP di Wilayah Persekutuan akan mendapat Bantuan Ramadhan 1444H sebanyak RM500 secara one-off. Bantuan ini akan dibayar secara berperingkat mulai 27 Mac 2023 / 5 Ramadhan 1444H oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) untuk membantu asnaf menyambut bulan suci.

Menurut MAIWP, Untuk membantu golongan asnaf yang terjejas akibat pandemik Covid-19, MAIWP akan memberikan sumbangan kewangan sebanyak RM500 kepada setiap penerima bantuan bulanan MAIWP. Sumbangan ini adalah satu kali sahaja dan tidak berulang.

Berikut adalah maklumat lanjut berkaitan bantuan ini.

JUMLAH BANTUAN KHAS RAMADAN YANG DITERIMA

Untuk makluman semua, jumlah bantuan yang bakal diterima oleh rakyat Malaysia adalah sebanyak:

  • RM500 sahaja (one-off).

Bantuan Khas Ramadan

SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN

Syarat umum permohonan bantuan ini adalah seperti yang berikut:

  • Beragama Islam
  • Warganegara Malaysia
  • Mestilah bermastautin di Wilayah Persekutuan tidak kurang dari (1) satu tahun dan masih menetap di Wilayah
    Persekutuan.
  • Tertakluk kepada pengiraan Had al-Kifayah (kira kelayakan Had al-Kifayah anda DI SINI)

TUJUAN BANTUAN RAMADHAN DISALURKAN

Bantuan ini bertujuan untuk meringankan beban asnaf dalam menyambut bulan Ramadhan al-Mubarak tahun ini.

Baca Juga:

CARA PERMOHONAN BANTUAN KHAS RAMADAN

Bagi mereka yang ingin memohon bantuan ini, anda boleh datang sendiri ke pejabat Baitulmal MAIWP yang berhampiran dengan anda atau boleh terus melayari laman web https://www.maiwp.gov.my/ untuk mengetahui maklumat lanjut berkaitan dengan permohonan bantuan dan memuat turun borang permohonan yang disediakan.

Bulan mulia ini, golongan asnaf dapat menerima bantuan daripada Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP). Kami berharap bantuan ini dapat memberi manfaat kepada mereka yang memerlukan.

MAKLUMAT LANJUT

Untuk mengetahu maklumat lanjut berkaitan bantuan ini, boleh terus rujuk di https://www.maiwp.gov.my/