Bantuan Kewangan Aidilfitri RM700 Dikreditkan 17 April Ini

Bantuan kewangan amat penting kepada mereka yang memerlukan. Untuk meringankan beban rakyat yang terjejas oleh pandemik Covid-19, kerajaan akan menyalurkan Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri (BKKA) 2023 kepada mereka yang layak. Pengumuman ini dibuat oleh Perdana Menteri dalam ucapan beliau sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri yang bakal tiba.

Setelah dua tahun menyambut Aidilfitri dengan penuh keterbatasan, bantuan ini bertujuan untuk memberikan kegembiraan dan keberkatan kepada mereka yang layak untuk meraikannya dengan lebih meriah.

Jumlah Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri (BKKA) 2023

Seperti yang diumumkan, berikut adalah jumlah bantuan yang akan disalurkan:

  • Semua penjawat awam yang masih berkhidmat sehingga 17 April 2023 dan berada dalam gred 56 atau lebih rendah termasuk lantikan 87 kontrak akan menerima RM700.
  • Pesara perkhidmatan awam pula akan menerima BKKA sebanyak RM350.

Bantuan Kewangan Aidilfitri

Baca Juga:

Tujuan Bantuan

Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri (BKKA) merupakan satu penghargaan kepada penjawat awam yang telah berbakti dan berkorban dalam memberikan perkhidmatan yang berkualiti kepada Keluarga Malaysia.

Senarai Penerima Tambahan

Pesara kerajaan berpencen, penerima pencen terbitan, pesaran Skim Kumpulan Simpanan Pekerja, veteran berpencen dan veteran tidak berpencen juga mendapat bantuan ini.

Maklumat Lanjut

Sebarang persoalan boleh diajukan kepada maklumat berikut:

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia
Aras 1, 2 & 4 -13, Blok F1, Kompleks F,
No.2, Lebuh Perdana Timur A, Presint 1,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62000 Putrajaya, Malaysia.
Telefon: +603 8091 9000

Soalan Lazim Bantuan Kewangan Aidilfitri

Untuk mengetahui maklumat lanjut dan soalan lazim berkaitan bantuan ini, boleh rujuk DI SINI