RASMI : Pengeluaran KWSP Fasa 1 Kini Dibenarkan Untuk Rakyat

Pengeluaran KWSP Fasa 1.KWSP telah mengeluarkan satu kenyataan yang menjelaskan bahawa permohonan untuk pengeluaran KWSP Fasa 1 boleh dibuat mulai 7 April 2023.

Untuk Fasa 1, permohonan masih dibuka untuk tempoh setahun. Ahli yang berumur sekurang-kurangnya 40 tahun dan layak boleh memohon melalui bank yang terlibat, jika ada kekosongan.

Pihak bank akan mentadbir sepenuhnya proses permohonan untuk pembiayaan peribadi melalui kemudahan ini, tertakluk kepada penilaian pembiayaan dan rangka kerja kredit mereka.

Pencarum KWSP 4 Juta Bakal Mendapat Manfaat

Fasiliti ini bakal memanfaatkan lebih daripada 4 juta ahli KWSP di bawah umur 55 tahun yang layak. Kadar faedah (Konvensional) atau kadar keuntungan (Islamik) yang akan dikenakan oleh institusi perbankan dijangka di antara 4% hingga 5% setahun. Kadar ini adalah jauh lebih rendah daripada kadar pasaran semasa pembiayaan peribadi daripada institusi perbankan yang dikenakan pada sekitar 8% hingga 15%.

Pengeluaran KWSP Fasa 1

Baca Juga:

Rakyat Melakukan Pengeluaran KWSP Fasa 1 Kerana Keperluan Mendesak

Pengeluaran sewaktu Pandemik yang dibuat sebelum ini memang untuk keperluan mendesak, dan kita semua faham. Untuk membenarkan pengeluaran khas dana simpanan persaraan rakyat pada masa kini adalah tidak sesuai. Negara seperti Australia, Peru dan Chile yang membenarkan pengeluaran simpanan persaraan pada 2020 dan 2021, sudah tidak lagi diteruskan tahun lalu.

Pencarum KWSP Boleh Mengeluarkan RM3,000 – RM50,000

Baki simpanan di dalam Akaun 2 KWSP menentukan jumlah pembiayaan minimum dan maksimum yang boleh diperoleh. Jumlah pembiayaan minimum ialah RM3,000 dan jumlah pembiayaan maksimum ialah RM50,000.

Pembiayaan ini tidak bertentangan dengan Akta KWSP kerana jumlah caruman dalam Akaun 2 hanya sebagai sokongan. Ini adalah terma dan syarat yang ditetapkan oleh pihak bank.

Jelasnya lagi, setakat 31 Januari 2023, seramai 1.89 juta ahli berumur antara 40 tahun hingga bawah 55 tahun atau 38% yang mempunyai simpanan di dalam Akaun 1 sebanyak RM10 ribu dan ke bawah. Maka sebab itu penting untuk membina semula tabungan bagi kumpulan ini agar punyai simpanan mencukupi untuk hari tua nanti.

Maklumat Lanjut Pengeluaran KWSP Fasa 1

Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai fasiliti di atas, anda boleh menghubungi saluran-saluran berikut:

SUMBER : BuletinTV3