Permohonan Rumah PPRT Tahun 2023 Kini Dibuka!

Permohonan Rumah PPRT. Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) adalah salah satu inisiatif yang diperkenalkan oleh Kementerian Pembangunan Luar Bandar untuk membantu golongan yang memerlukan. Anda tahu tak? Program ini bertujuan untuk menyediakan perumahan yang selesa dan berkualiti kepada rakyat miskin di luar bandar. Program ini lebih mensasarkan kepada golongan yang ingin membina rumah baru atau membaik pulih rumah untuk diduduki dan memerlukan bantuan.

Pengenalan PPRT

Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) bertujuan untuk membantu keluarga miskin dan miskin tegar dengan menyediakan rumah yang lebih selesa dan selamat. Program ini melibatkan membaik pulih rumah sedia ada atau membina rumah baru. Dengan ini, kualiti kehidupan keluarga-keluarga ini dapat ditingkatkan dan mereka dapat mempunyai asas yang kukuh untuk berkembang.

Permohonan Rumah PPRT

Baca Juga:

Jenis Kategori Rumah PPRT

Program PPRT terdapat 2 kategori disediakan seperti berikut :

1) Baik Pulih

a) Kepada baik pulih rumah melibatkan 3 elemen penting

  • Penambahbaikan
  • Penyelenggaraan
  • Requisition

b) Syarat program bantuan baik pulih rumah

  • Individu yang memiliki rumah usang atau mengalami kerosakan akibat bencana alam dan masih layak untuk dibaiki akan menerima bantuan.
  • Untuk kes menumpang tapak tanah, anda perlu mendapatkan surat kebenaran daripada pemilik. Surat ini penting untuk mengelakkan sebarang masalah atau pertikaian di kemudian hari. Anda boleh menulis surat kebenaran dengan menggunakan format yang sesuai dan menyatakan tujuan dan tempoh menumpang tapak tanah tersebut.

2) Bina Baru

Individu yang tidak memiliki rumah sendiri atau tinggal di rumah yang sudah lapuk dan berbahaya akan mendapat bantuan untuk membina rumah baru.

Bantuan PPRT

Berikut adalah golongan yang mendapat keutamaan dalam permohonan bantuan PPRT:

  • Orang Kelainan Upaya – OKU
  • Mangsa bencana alam yang berskala kecil
  • Warga Emas
  • Bapa atau Ibu Tunggal yang mempunyai tanggungan keluarga yang ramai
  • Daerah dan negeri yang mengalami kemiskinan yang meluas akan diberi keutamaan dalam melaksanakan Program ini.

Panduan Cara Permohonan Bantuan Rumah PPRT 2022 – Secara Online

Untuk memohon Bantuan Rumah PPRT , anda perlu memastikan anda layak terlebih dahulu . Berikut adalah langkah-langkah yang perlu diikuti untuk membuat permohonan :

  • Sila layari Portal Rasmi eSPKR – DI SINI
  • Kemudian tekan butang ”Program Perumahan Rakyat Termiskin” di laman utama
  • Untuk memudahkan proses permohonan anda, sila isikan ruangan-ruangan berikut dengan maklumat yang betul dan lengkap mengenai diri anda.
  • Selepas lengkap mengisi, tekan ”Hantar Permohonan”

Maklumat Lanjut

Untuk sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut berkenaan Program Rumah PPRT , anda boleh layari laman web PPRT hubungi Pihak berkaitan seperti berikut :

  • Talian Khas : 03 8000 8000
  • E-mel : info@ruralink.gov.my