Cara Claim Wang. Anda mungkin tidak menyedari bahawa anda boleh menuntut wang yang tersimpan dalam IC anda. Ini adalah wang yang tidak dituntut oleh ahli keluarga yang telah meninggal dunia dan masih mempunyai baki wang di beberapa akaun lain. Berikut adalah cara mudah untuk menuntut wang tersebut.
Sebilangan ahli keluarga mungkin tidak sedar bahawa kita mempunyai hak untuk menuntut wang dalam jumlah besar yang masih belum dibayar.
Anda mungkin tidak tahu bahawa terdapat wang yang belum dituntut dalam kad pengenalan anda. Jika anda ingin menuntut wang ini untuk kegunaan anda, anda perlu mengikuti langkah-langkah berikut:
Cara Claim Wang Yang Tidak Dituntut
1. Pergi ke laman sesawang https://egumis.anm.gov.my
2. Klik di bahagian atas sebelah kanan PENDAFTARAN
3. Untuk memudahkan proses permohonan, sila isikan maklumat diri anda dengan betul. Pastikan nama penuh dan nombor kad pengenalan anda sepadan dengan dokumen pengenalan diri yang sah.
Baca Juga:
- Bantuan KWSP RM500 Untuk Semua Pencarum Mula Dikreditkan
- Bantuan Khas Automatik RM700 Mula Dikreditkan Hari Ini
4. Isi maklumat dan tandakan ruangan yang perlu ditanda dan klik ‘DAFTAR’. Pendaftaran selesan dan klik LOG MASUK
5. Pergi ke laman sesawang eGUMIS di https://egumis.anm.gov.my dan klik LOG MASUK
6. Masukkan ID pengguna dan kata laluan yang dicipta semasa pendaftaran.
7. Kemaskini maklumat pengguna (pengguna diminta untuk melengkapkan semua butiran yang bertanda *)
8. Setelah selesai disimpan, papara portal e-GUMIS akan seperti ini dan boleh klik ‘KLIK DI SINI UNTUK CARIAN WANG TAK DITUNTUT’
Make sure yang korang nak tuntut NAMA EMPUNYA dalam rekod WTD adalah nama korang yang sama dalam IC korang sekali bin/binti yer. Kalau tak cukup atau beza korang kena rujuk JANM yang terdekat.
9. Masukkan No. kad pengenalan yang diberikan. Had maksimum carian adalah sebanyak 2 kali sahaja.
10. Jika mempunyai rekod carian, paparan rekod akan ditunjukkan seperti di dalam gambar rajah.
11. Borang permohonan akan dijana secara automatik dan pengguna perlu melengkapkan butiran penerima bayaran.
12. Tandakan di dalam kotak merah dan lengkapkan maklumat akaun bank.
13. Semak ruangan mandatori dokumen apa yang diperlukan lagi untuk dimuat naik selain dokumen asas korang yer.
14. Pemohon akan diminta untuk memuat naik dokumen sokongan yang diperlukan.
15. Klik butang muat naik untuk masukkan dokumen sokongan.
16. Sila pastikan bahawa palang tidak melintasi nombor dalam kad pengenalan anda.
17. Sebelum klik butang HANTAR, pemohon perlu klik butang SETUJU.
Selamat mencuba!