Tarikh Bayaran Bantuan Tambahan RM600. Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) akan mendapat berita baik kerana kerajaan telah menetapkan jadual bayaran STR tahun ini. STR Fasa 2 dijangka akan dibayar pada bulan April.
Sebelum itu, pada Belanjawan 2023 lepas Perdana Menteri turut mengumumkan bantuan tambahan STR RM 600 kepada penerima yang layak.
SUMBANGAN TUNAI RAHMAH STR 2023
Sumbangan Tunai Rahmah STR 2023 ialah satu inisiatif kerajaan yang menyediakan sumbangan kewangan kepada rakyat yang layak berdasarkan kriteria pendapatan, status perkahwinan dan bilangan tanggungan.
Sejak Januari, pembayaran STR telah dijalankan dan proses ini akan berlangsung selama beberapa bulan.
Ini adalah usaha kerajaan untuk meringankan beban rakyat yang menghadapi kos kehidupan yang mahal.
JADUAL & TARIKH BAYARAN STR FASA 2
Untuk makluman anda, melalui laman web rasmi Kementerian Kewangan, jumlah bantuan STR 2023 yang layak diperolehi telah diumumkan bersama jadual bayaran yang ditetapkan.
Bagi STR Fasa 2, pembayaran akan dimulakan bermula 5 April ini atau lebih tepat sebelum Hari Raya Aidilfitri 2023 dan Fasa 3 pula pada bulan Julai.
JUMLAH & TARIKH BAYARAN BANTUAN STR FASA 2
Mengenai jumlah pembayaran bantuan STR Fasa 2 pula, pembayaran terbahagi kepada beberapa kategori iaitu:
ISI RUMAH TIADA HAD UMUR
PENDAPATAN BULANAN RM 0 – RM 2,500
- 0 Anak – RM 200
- 1-2 Anak – RM 200
- 3-4 Anak – RM 200
- 5 Dan Lebih Anak – RM 200
PENDAPATAN BULANAN RM 2,501 – RM 5,000
- 0 Anak – RM 200
- 1-2 Anak – RM 200
- 3-4 Anak – RM 200
- 5 Dan Lebih Anak RM 200
WARGA EMAS SEBATANG KARA 60 TAHUN KE ATAS
- RM 100
BUJANG (21-59 TAHUN) & BUJANG OKU (19-59 TAHUN)
- RM 100
Baca Juga:
- Pengeluaran Sebahagian KWSP Kini Dibenarkan Untuk Semua Pencarum
- Jabatan Imigresen Malaysia Buka Pengambilan Kekosongan Jawatan Terkini
BAYARAN BANTUAN TAMBAHAN ISI RUMAH
Untuk membantu rakyat yang terjejas oleh pandemik, Perdana Menteri telah mengumumkan bahawa mereka yang layak akan menerima RM 600 Sumbangan Tunai Rahmah sebagai bantuan tambahan.
Isi rumah miskin tegar yang tiada had umur adalah penerima STR yang layak untuk bantuan tambahan ini.
SEMAKAN STATUS BANTUAN TAMBAHAN ISI RUMAH
Semakan status STR Fasa 2 boleh dibuat menerusi laman web STR di https://bantuantunai.hasil.gov.my/
LANGKAH KEMASKINI PERMOHONAN STR
Berikut adalah panduan untuk mengemaskini permohonan anda yang telah dibuat sebelum ini:
CARA KEMASKINI STATUS STR 2023
Bagi mereka yang ingin membuat permohonan atau rayuan untuk STR Sumbangan Tunai Rahmah, kerajaan baru sahaja melancarkan permohonan baru dan kemaskini.
Permohonan dan pengemaskinian boleh dibuat mulai 1 Mac hingga 31 Mac 2023.
Berikut adalah cara kemaskini :
- Pergi ke laman rasmi : https://bantuantunai.hasil.gov.my/
- Log masuk MySTR
- Tekan butang Kemas Kini Permohonan
- Isi & kemaskini maklumat peribadi anda
- Tekan Teruskan
- Sahkan CAPTCHA
- Sila Tick pada Perakuan Pemohon
- Tekan Hantar
MAKLUMAT LANJUT TARIKH BAYARAN BANTUAN TAMBAHAN RM600
Maklumat lanjut mengenai pembayaran STR, sila layari laman web https://bantuantunai.hasil.gov.my/