Gaji Minimum Dinaikkan Sehingga RM1,800 Sebulan

Gaji Minimum Dinaikkan Kepada RM1,800. Salah satu topik yang menarik perhatian masyarakat dan media sekarang ialah isu gaji minimum.

Untuk memastikan kebajikan pekerja di negara ini terjaga, Menteri Sumber Manusia, V Sivakumar berkata, kaedah baharu bagi pelaksanaan gaji minima akan dirangka.

Gaji Minimum

Untuk mencapai status negara berpendapatan tinggi pada 2025, langkah ini sejajar dengan matlamat yang ditetapkan dalam Rancangan Malaysia Ke-12.

Kerajaan Bakal Naikkan Gaji Minima Sehingga RM1,800

Majikan perlu menyesuaikan gaji pekerja dengan kemahiran dan pengetahuan yang mereka miliki. Beliau berkata demikian kerana gaji minima sebanyak RM1,500 adalah agak rendah.

“Dalam mesyuarat kabinet nanti, kita cari kaedah baharu untuk tetapkan gaji pekerja dalam negara,” katanya kepada pemberita selepas sambutan Hari Pekerja 2023 bertemakan Pekerja Pemangkin Wadah Malaysia Madani di sini hari ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika berucap pada sambutan itu berkata, isu pelaksanaan gaji minimum akan dibincangkan dalam mesyuarat Kabinet bulan depan untuk mendapatkan penyelesaian ‘sekali dan untuk semua’.

Baca Juga :

Perintah Gaji Minimum Dinaikkan Berkuatkuasa 1 Mei

Bagi semua sektor tanpa mengira wilayah, perintah gaji minima berkuat kuasa pada 1 Mei tahun lepas menetapkan kadar minimum RM1,500 sebulan bagi majikan yang menggajikan lima orang pekerja atau lebih.

Bagi majikan yang menggajikan kurang lima pekerja, pelaksanaan gaji minimum ditangguhkan dari 1 Januari lepas kepada 1 Julai depan.

Semua majikan yang mempunyai lima orang pekerja atau lebih perlu membayar gaji minimum RM1,500 sebulan kepada pekerja mereka tanpa mengira sektor atau wilayah. Perintah ini berkuat kuasa pada 1 Mei tahun lepas.

Majikan yang mempunyai kurang daripada lima orang pekerja tidak perlu melaksanakan gaji minimum pada 1 Januari yang lalu. Mereka hanya perlu melaksanakannya pada 1 Julai tahun ini.

Kerajaan Bakal Naikkan Gaji Minima Yang Baharu Bermula RM1,700 – RM1,800

Kerajaan telah mengumumkan perancangan untuk menaikkan kadar gaji minimum sebagai langkah untuk menjaga kebajikan para pekerja.

Di samping faktor taraf kehidupan yang semakin meningkat pada ketika ini.

Gaji minimum yang ditetapkan sebelum ini ialah hanya RM1,200, tetapi kerajaan telah membuat perubahan dan meningkatkannya kepada RM1,500.

Sebelum ini, kadar kenaikan gaji minimum yang digunakan adalah sebanyak RM300. Jika kadar ini dikekalkan, bermakna gaji minimum perlu ditetapkan semula mengikut keadaan semasa.

Yang menjadikan kemungkinan kadar gaji baharu adalah sebanyak RM1,700 – RM1,800.

Harapan kami agar pihak kerajaan dapat melaksanakan usaha ini dengan segera.

Kerajaan Sumbang RM1 Juta Untuk Cuepacs

Sementara itu, Presiden Cuepacs, Datuk Adnan Mat berterima kasih kepada kerajaan kerana memberikan dana tambahan RM1 juta untuk Cuepacs.

Beliau turut mengucapkan penghargaan kepada kerajaan yang prihatin dengan kebajikan penjawat awam yang berada dalam gred rendah.

Presiden MTUC, Mohd Effendy Abdul Ghani pula berkata, pelaksanaan gaji minima sewajarnya dikaji semula.

Untuk mencapai kemajuan dan maruah yang sepadan dengan kos sara hidup masa kini.

“Pemantuaan kerajaan juga perlu dibuat mengenai pelaksanaan gaji minima supaya majikan tidak culas,” katanya yang turut merakam penghargaan kepada kerajaan diberikan peruntukan tambahan RM1 juta bagi membantu pengurusan MTUC.

Gaji Minimum

Sumber : Sinar Harian