RASMI : Permohonan Rumah Mesra Rakyat (RMR) 2023

Permohonan Rumah Mesra Rakyat 2023. Skim Rumah Mesra Rakyat (RMR) adalah satu skim yang ditawarkan oleh Syarikat Perumahan Negara Berhada (SPNB), sebuah syarikat yang dimiliki oleh Menteri Kewangan Diperbadankan (MOF Inc.).

Sejajar dengan Dasar Perumahan Negara, Salah satu agensi di bawah KPKT ialah SPNB yang bertanggungjawab untuk membina dan menawarkan rumah yang berkualiti, mampan dan berpatutan kepada semua keluarga di Malaysia.

Permohonan Rumah Mesra Rakyat

Rumah Mesra Rakyat (RMR)

Tujuan RMR adalah untuk memberi bantuan kepada mereka yang berpendapatan rendah, contohnya nelayan, petani dan keluarga miskin, yang tidak memiliki rumah atau tinggal di rumah yang tidak layak. Dengan bantuan ini, mereka boleh membina rumah sendiri yang lengkap dan nyaman di atas tanah yang mereka miliki.

Bantuan ini akan diberikan dalam bentuk subsidi pembinaan sehingga RM20,000 dan pembinaan rumah juga akan mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan seperti di bawah

Permohonan Rumah Mesra Rakyat

Harga & Reka Bentuk RMR

Setiap tempat mempunyai harga yang berbeza untuk RMR, tetapi binaannya mempunyai konsep yang sama. Ia adalah rumah 1 tingkat yang mempunyai 3 bilik tidur dan 2 bilik air. Harga RMR untuk setiap tempat adalah seperti berikut:

1. Keluasan Rumah 1,000 KPS (Semenanjung)

  • Harga: RM75,000
  • Subsidi pembinaan: RM20,000
  • Jumlah Pinjaman: RM55,000
  • Anggaran Bayaran Bulanan (16 tahun): RM300

Permohonan Rumah Mesra Rakyat

2. Keluasan Rumah 850 KPS (Pulau di Semenanjung)

  • Harga: RM85,000
  • Subsidi Pembinaan: RM20,000
  • Jumlah Pinjaman: RM65,000
  • Anggaran Bayaran Bulanan (16 tahun): RM350

3. Keluasan Rumah 750 KPS (Sabah / Sarawak / Labuan)

  • Harga: RM75,000 – RM106,000
  • Subsidi pembinaan: RM20,000
  • Jumlah Pinjaman: RM55,000 – RM86,500
  • Anggaran Bayaran Bulanan (16 tahun): RM300 – RM470

Baca Juga:

Syarat Kelayakan Permohonan Rumah Mesra Rakyat

Untuk memohon RMR, anda perlu memenuhi syarat kelayakan berikut:

  • Warganegara Malaysia
  • Pemohon berumur 18 tahun dan ke atas
  • Pendapatan bulanan seisi rumah tidak melebihi RM3,000
  • Rumah sendiri tidak dimiliki oleh pemohon dan pasangan, atau rumah yang dimiliki adalah usang / tidak sempurna.
  • Tapak / tanah bersesusaian dan bebas daripada gadian / bebanan ke atasnya. Jika pemohon bukan pemilik tanah, pemohon mestilah mendapat kebenaran pemilik
  • Keluasan tanah tidak kurang dariada 3,600 KPS (tertakluk kepada rekabentuk)

Cara Membuat Permohonan Rumah Mesra Rakyat

Untuk membuat permohonan, anda perlu mengikuti langkah-langkah berikut:

Secara Online

  • Buka laman web SPNB di https://rmr.spnbonline.com.my/ @ https://spnb.com.my/
  • Klik Pendaftaran Baru dan isikan borang pendaftaran dengan lengkap
  • Setelah itu, ID Login dan Kata Laluan akan di hantar ke emel yang didaftar
  • Log masuk ke SPNB dengan id dan kata laluan yang diberikan
  • Lengkapkan borang yang dikehendaki
  • Selesai isi borang, klik Selesai Pendaftaran dan Cetak Borang
  • Hantar borang beserta dokumen yang lengkap ke Pejabat SPNB atau cawangan SPNB yang berdekatan

Secara Manual

Permohonan beserta dokumen sokongan yang lengkap boleh dihantar kepada SPNB selepas mendapatkan borang permohonan di Cawangan SPNB.

Dokumen Yang Diperlukan

Berikut adalah dokumen yang perlu disertakan ketika menghantar borang permohonan RMR:

  • Salinan kad pengenalan pemohon dan pasangan (jika berkenaa)
  • Salinan kad pengenalan tuan tanah
  • Salinan kad pengenalan pemohon kedua (jika berkaitan)
  • Salinan geran hakmilik tanah terbaru dan sijil carian rasmi dari Pejabat Tanah yang Terbaru.
  • Slip gaji terkini (3 bulan) / surat akuan sumpah pendapatan / surat pengesahan pendapatan pemohon / pemohon kedua*
  • Surat akuan sumpah / surat pengesahan tidak memiliki rumah atau memiliki rumah yang usang*
  • Surat akuan kebenaran pelepasan tuan tanah
  • Salinan sijil nikah pemohon
  • Borang laporan tapak bergambar

NOTA:

Surat pengesahan pendapatan / tidak memiliki rumah / memiliku rumah usang perlu disahkan melalui Penghulu Ketua Kampung / Pegawai Profesional Kelas A

Dokumen tambahan yang tertakluk kepada keperluan dari semasa ke semasa boleh diminta oleh SPNB mengikut haknya.

Semakan Status Kelulusan Permohonan Rumah Mesra Rakyat

Maklum balas permohonan akan diberikan dalam tempoh 3 bulan dan kelulusan hanya akan dibuat tertakluk kepada peruntukan kewangan tahunan.

Perjanjian pembinaan rumah ini adalah antara pihak kami dan pihak tuan/puan. Tempoh pembinaan adalah selama 18 bulan bermula dari tarikh penyerahan tapak kosong oleh tuan/puan kepada kami. Perjanjian ini tertakluk kepada terma dan syarat yang telah dipersetujui oleh kedua-dua pihak.

Tanggungjawab Pemohon

Pemohon RMR bertanggungjawab untuk:

  • Mengisi dan melengkapkan borang permohonan
  • Menyediakan jalan masuk ke tapak dan tapak pembinaan mengikut spesifikasi
  • Menyediakan sumber bekalan air dan elektrik
  • Membuat penyambungan bekalan utama ke bangunan
  • Membuat pinjaman kepada bank / institusi kewangan jika perlu

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut mengenai RMR SPNB, anda boleh menghubungi

IBU PEJABAT

Syarikat Perumahan Negara Berhad
Tingkat 8, Wisma Perkeso
Jalan Tun Razak
50400 Kuala Lumpur
Telefon: 03-2618 5555 / 03-2618 5556 (Talian Am)
Emel: aduan@spnb.com.my

SENARAI CAWANGAN

Cawangan Kedah
No. 28 & 29, Jalan UJ 2 Taman Universiti Jaya, Semeling, 08100 Bedong, Kedah
Telefon: 04-4500375 / 04-4500376
Faks: 04-4500379
Emel: spnb_semeling@spnb.com.my

Cawangan Melaka
No 76 & 78 Jalan LP 2, Taman Limbongan Permai, 75200 Melaka.
Telefon: 06-3369751 / 06-3369752
Faks: 06-3369753
Emel: spnb_melaka@spnb.com.my

Cawangan Negeri Sembilan
No 24, Jalan Pusat Komersial Saujana 1, Pusat Komersial Saujana, Seremban 2 Height, 70300
Seremban, Negeri Sembilan
Telefon: 06-601 4498 / 06-6-1 4350
Faks: 06-601 3507

Cawangan Terengganu
No. K-5, Ruang Niaga Semarak Felda, Kompleks Felda Wilayah Terengganu, Mukim Kuala Nerus, 21060 Kuala Terengganu, Terengganu
Telefon: 09-6660010 / 09-6660054
Faks: 09-6627312
Emel: spnb_kualaterangganu@spnb.com.my

Cawangan Perak
No.9 & 9A, Jalan Meru Bestari A6, Medan Meru Bestari, Bandar Meru Raya, 30200 Ipoh, Perak.
Tel: 05-5264188 / 05-5263876
Faks: 05-5264319
E-mail: spnb_ipoh@spnb.com.my

Cawangan Pahang
A-53 – G & 1, Jalan IM 7/18, Bandar Indera Mahkota, 25200 Kuantan, Pahang.
Tel: 09-573 3222
Faks: 09-573 3666
E-mail: spnb_pahang@spnb.com.my

Cawangan Johor
Lot 6 & 7, Tingkat 13, Menara Tabung Haji, Jalan Ayer Molek, 80000 Johor Bahru, Johor.
Tel: 07-2259900 / 07-2259911
Faks: 07-2223233
E-mail: spnb_plentong@spnb.com.my

Cawangan Kelantan
No. PT2240, Taman Merbau Utama, Batu Tinggi Bukit Merbau, 16810 Pasir Puteh, Kelantan.
Tel: 09-7886546 / 09-788754509-7886546 / 09-7887545
Faks: 09-7885545
E-mail: spnb_koklanas@spnb.com.my

Cawangan Sarawak
Lot 13319, Sublot No 3, Section 65 KTLD, Riveredge Commercial Centre, Jalan Tun Abdul Rahman Yaakub,
93050 Kuching, Sarawak.
Tel: 082-230032 / 082-240032
Faks: 082-230055
E-mail: spnb_kuching@spnb.com.my

Cawangan Sabah
Lot S01, S02 & S03, Vista Seri Melalin, Jalan Kompleks JKR Tuaran, 89208 Tuaran, Sabah.
Tel: 088-791610 / 088-791612
Faks: 088-791613
E-mail: spnb_melalin@spnb.com.my