Pengeluaran KWSP Fasa 1 Sehingga RM50,000 Kini Dibenarkan

Pengeluaran KWSP Fasa 1: Fasiliti Sokongan Akaun 2 (FSA2) ialah satu inisiatif KWSP untuk memudahkan ahli KWSP yang berumur 40 tahun ke atas tetapi belum mencapai umur 55 tahun untuk membuat permohonan awal Pengeluaran Bersyarat Umur 50 Tahun atau 55 Tahun. Ahli KWSP yang layak boleh memohon pembiayaan peribadi daripada institusi perbankan yang terlibat, iaitu Bank MBSB dan Bank Simpanan Nasional (BSN). Permohonan FSA2 hanya boleh dibuat sekali sahaja dengan syarat simpanan minimum dalam Akaun 2 ialah RM3,000 dan jumlah pengeluaran bersyarat maksimum ialah RM50,000.

KWSP akan mempertimbangkan untuk menambah lebih banyak bank yang mengambil bahagian pada masa hadapan.

Pengeluaran KWSP Fasa 1

KWSP Fasa 1 adalah pengeluaran yang akan dilancarkan pada 7 April 2023, menurut satu kenyataan daripada KWSP. Pengeluaran ini bertujuan untuk membantu ahli KWSP yang memerlukan bantuan kewangan.

Permohonan Fasa 1, kekal dibuka selama setahun, ahli yang layak berumur 40 tahun dan ke atas boleh memohon, tertakluk kepada ketersediaan bank yang mengambil bahagian.

Untuk kemudahan ini, bank bertanggungjawab untuk menguruskan proses permohonan pembiayaan peribadi anda, dengan syarat anda lulus penilaian pembiayaan dan mematuhi kriteria kredit mereka.

Baca Juga:

Permohonan Pengeluaran KWSP Fasa 1

Anda boleh memohon pembiayaan peribadi secara dalam talian dengan menghubungi institusi perbankan yang terlibat dalam program ini.

Ahli yang ingin membuat permohonan perlu menyemak kelayakan mereka dalam Akaun 2 KWSP terlebih dahulu. Syarat-syarat permohonan mestilah selaras dengan perjanjian yang dibuat bersama institusi perbankan.

Kemudahan ini disasarkan kepada ahli KWSP yang mempunyai simpanan dalam Akaun 2 dan disokong dengan pendapatan yang berpatutan.

Pencarum Boleh Membuat Pengeluaran Sehingga RM50,000

Jumlah pembiayaan minimum ialah RM3,000 dan jumlah maksimum ialah RM50,000 tertakluk kepada baki simpanan dalam Akaun 2 KWSP.

Pembiayaan ini adalah selaras dengan Akta KWSP kerana jumlah caruman dalam Akaun 2 hanya berfungsi sebagai sokongan. Pihak bank juga telah menetapkan terma dan syarat yang perlu dipatuhi oleh pemohon.

Sehingga 31 Januari 2023, seramai 1.89 juta ahli berumur antara 40 dan bawah 55 atau 38 peratus (%) mempunyai simpanan dalam Akaun 1 sebanyak RM10 ribu dan ke bawah.

Itulah sebabnya penting untuk membina semula simpanan untuk golongan ini agar mempunyai simpanan yang mencukupi untuk hari tua.

Pengeluaran KWSP Fasa

4 Juta Pencarum KWSP Akan Mendapat Manfaat

Bagi ahli KWSP yang berumur kurang daripada 55 tahun dan layak, mereka akan mendapat faedah daripada kemudahan ini. Jumlah ahli yang terlibat adalah lebih daripada 4 juta orang.

Kadar faedah (Konvensional) atau kadar keuntungan (Islam) yang akan dikenakan oleh institusi perbankan dijangka antara 4 peratus (%) hingga 5 peratus (%) setahun.

Pembiayaan peribadi daripada institusi perbankan lain mempunyai kadar pasaran semasa yang lebih tinggi daripada kadar ini.

Maklumat Lanjut

Maklumat lanjut berkaitan fasiliti di atas boleh diperoleh melalui saluran berikut: