Semakan Status Bayaran STR Fasa 3 Kini Dibuka!

Semakan Status Bayaran STR. Bantuan STR Fasa 3 ialah sebuah inisiatif Kerajaan Perpaduan yang bertujuan membantu golongan yang kurang berkemampuan menghadapi cabaran kos sara hidup.

Program Sumbangan Tunai Rahmah (STR) adalah inisiatif kerajaan untuk membantu golongan berkelayakan dengan memberikan sumbangan tunai secara langsung maksimum RM3100.

Sumbangan maksimum RM3100 akan diberikan kepada keluarga dalam kumpulan dan kategori yang layak. STR bertujuan untuk meringankan beban sara hidup dan memanfaatkan kira-kira 8.7 juta penerima dengan peruntukan hampir RM8 bilion yang disediakan.

Kadar Bayaran STR Fasa 3

Pembayaran STR Fasa 1 dan Fasa 2 telah dikreditkan kepada yang layak pada bulan Januari dan April 2023. Sementara itu, Sumbangan Tunai Rahmah dijangka akan dikreditkan tidak lama lagi kepada yang layak.

Baca Juga:

Untuk kategori yang berbeza, jumlah pembayaran STR Fasa 3 yang akan diterima oleh yang layak adalah seperti berikut:

Pendapatan isi rumah RM2,500 dan ke bawah

  • Bilangan anak 0: RM300
  • Bilangan 1 – 2 kanak-kanak: RM400
  • Bilangan 3 – 4 kanak-kanak: RM600
  • Bilangan kanak-kanak 5 orang ke atas: RM800

Pendapatan isi rumah RM2,501 – RM5,000

  • Bilangan kanak-kanak 0: Tiada Bayaran
  • Bilangan 1 – 2 anak: RM150
  • Bilangan 3 – 4 orang anak: RM200
  • Bilangan kanak-kanak 5 orang ke atas: RM250

Warga emas Sebatang Kara (60 tahun ke atas)

  • STR Fasa 3: RM200

Bujang 21 – 59 tahun

  • STR Fasa 3: RM150

Bujang berumur 19-59 tahun kurang upaya

  • STR Fasa 3: RM150

Tarikh Bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR Fasa 3)

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengumumkan bantuan kerajaan yang dikenali sebagai Sumbangan Tunai Rahmah (STR). Penerima STR Fasa 3 akan menerima bayaran melalui kredit akaun pada bulan Julai mengikut kalendar yang ditetapkan oleh Kementerian Kewangan.

Untuk bulan Julai 2023, kami telah menyediakan jadual Tarikh Bayaran Sumbangan Tunai Rahmah Fasa 3. Jadual ini mengandungi tarikh-tarikh bayaran mengikut hari bekerja. Sila rujuk jadual di bawah ini:

Semakan Status Bayaran STR

  • Mulai Julai 2023, pembayaran STR fasa 3 akan dilakukan secara berperingkat kepada penerima yang layak.
  • Penerima yang layak akan menerima bayaran bantuan ini secara langsung ke dalam akaun mereka, seperti yang telah dilakukan sebelum ini.
  • Manakala bagi mereka yang tidak mempunyai akaun bank atau status mereka tidak aktif, pembayaran STR boleh dibuat melalui cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) berhampiran.

Semakan Status Bayaran STR

Semakan STR Fasa 3 boleh dilakukan di laman web MySTR bila-bila masa.

Maklumat Lanjut Semakan Status Bayaran STR

Sekiranya anda memerlukan sebarang maklumat tambahan atau bantuan, anda boleh merujuk kepada sumber berikut:

Laman web rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (STR)
Hotline STR LHDNM 1-800-88-2747 (Waktu Operasi: 9 Pagi – 5 Petang)
Hotline STR MoF 03-8882 4565 / 03-8882 4566
Talian Bantuan Khas Kerajaan Cawangan LHDNM

Untuk mendapatkan info terkini tentang bantuan kerajaan dan kerjaya, sila klik DI SINI.