Pengeluaran Penuh KWSP Akaun 1 & 2 Telah Diluluskan!

Pengeluaran Penuh KWSP Akaun 1 & 2. Pihak kerajaan telah memperkenalkan bantuan dan inisiatif yang pelbagai untuk rakyat, melalui peringkat negeri dan persekutuan.

Untuk mengurangkan kesan pandemik COVID-19 terhadap ekonomi dan kesejahteraan rakyat, Kerajaan telah meluluskan beberapa inisiatif untuk membolehkan pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengeluarkan sebahagian simpanan mereka. Antara inisiatif tersebut ialah i-Sinar, i-Lestari, i-Citra dan lain-lain.

Baca Juga:

Salah satu kemudahan yang ditawarkan oleh KWSP adalah e-Pengeluaran, yang membolehkan ahli membuat pengeluaran secara dalam talian. Ini adalah lebih mudah dan cepat daripada mengemukakan borang fizikal.

Yang mana ianya membenarkan ahlinya untuk melakukan pengeluaran sebahagian simpanan KWSP secara atas talian (Online).

Untuk mengetahui syarat-syarat pengeluaran sebahagian simpanan KWSP sebelum mencapai usia 55 tahun, sila rujuk perkara-perkara berikut:

Pengeluaran Penuh KWSP Akaun 1 & 2 Untuk Membina Rumah

Ahli yang ingin membuat pengeluaran dari Akaun 2 mereka untuk tujuan pembinaan rumah perlu mematuhi beberapa syarat. Syarat-syarat tersebut termasuklah mempunyai baki sekurang-kurangnya RM500 dalam Akaun 2; Surat Perjanjian Membina Rumah yang masih sah tidak lebih daripada tiga tahun dari tarikh permohonan diterima dan berusia di bawah 55 tahun.

Membiayai Pendidikan

Untuk membantu ahli-ahli KWSP menampung kos pendidikan, KWSP membolehkan pengeluaran simpanan Akaun 2 bagi tujuan pendidikan sendiri, pasangan (suami/isteri), anak-anak dan/atau ibu bapa. Pengeluaran ini boleh dilakukan untuk institusi pendidikan yang mendapat kelulusan di dalam atau di luar negara.

Membeli Rumah

Untuk tujuan membiayai pembelian rumah di Malaysia, ahli KWSP boleh membuat pengeluaran dari Akaun 2 mereka. Rumah yang layak untuk pengeluaran ini termasuklah banglo, teres, berkembar, apartmen, kondominium, apartmen studio, apartmen servis, townhouse, SOHO atau rumah kedai dengan unit kediaman.

Pengeluaran Penuh KWSP Akaun

Menunaikan Haji

Untuk para ahli yang beragama Islam, mereka boleh mengeluarkan simpanan dari Akaun 2 untuk menambah simpanan di Lembaga Tabung Haji (LTH) sebagai perbelanjaan. Ini adalah satu kemudahan yang dibenarkan oleh pihak berkuasa.

Perbelanjaan Kesihatan

Ahli yang mengalami komplikasi kesihatan boleh menarik wang daripada Akaun 2 untuk menampung perbelanjaan rawatan penyakit kritikal.

Atau peralatan bantuan kesihatan yang diluluskan juga rawatan kesuburan.

Pengeluaran Penuh KWSP Akaun 1 & 2

Untuk berurusan dengan badan simpanan kewangan KWSP secara atas talian, setiap ahli KWSP boleh mendaftar i-Akaun, iaitu sistem yang mudah dan selamat.

Salah satu fungsi penting i-Akaun ialah e-Pengeluaran, yang membolehkan ahli KWSP membuat permohonan pengeluaran simpanan mereka secara dalam talian.

Maklumat lengkap berkenaan perkara-perkara berkaitan faktor kebenaran pengeluaran KWSP boleh dirujuk DI SINI.

Manakala tatacara menggunakan e-Pengeluaran (i-Akaun) boleh dilihat – DI SINI.