Tarikh Bayaran Bantuan E-Tunai RM100 Untuk B40 & M40 Dikreditkan

Bantuan E-Tunai RM100. Baru-baru ini kerajaan mengumumkan bantuan e-Tunai RM100 kepada semua rakyat dewasa di negara ini yang berpendapatan tahunan RM100,000 ke bawah.

Perdana Menteri menyatakan inisiatif ini membabitkan peruntukan sekitar RM1 bilion akan memanfaatkan lebih 10 juta rakyat berusia 21 tahun ke atas (dewasa), merangkumi golongan B40 dan M40.

Katanya, inisiatif e-Tunai RM100 kepada golongan dewasa itu diumumkan selepas kerajaan melihat kejayaan dan impak besar program e-tunai kepada masyarakat.

BANTUAN E-TUNAI RM100

Pada sidang Majlis Peluncuran Ekonomi Madani : Memperkasa rakyat di suruhanjaya sekuriti, Perdana Menteri telah mengumumkan satu lagi inisiatif baru. Apa yang menarik adalah bantuan kredit etunai ini akan ditawarkan kepada rakyat yang mempunyai pendapatan tahunan dibawah RM100,000.

Ini bermakna mejoriti akan menerima manfaat dari perlaksanaan program bantuan khas ini. Golongan kategori dewasa B40 dan M40 layak untuk tebus bantuan kredit etunai ini nanti.

Inisiatif khas ini membabitkan peruntukan bantuan sekitar RM1 bilion dan akan memanfaatkan kira-kira lebih dari 10 juta penerima. Individu berumur 21 tahun dan keatas layak untuk tuntut kredit etunai.

Sama seperti bantuan etunai sebelum ini, tujuan utama perlaksanaan adalah meringankan beban kewangan serta memupuk budaya pembayaran tanpa tunai.

Bantuan E-Tunai RM100

KADAR BANTUAN

Kadar bantuan kredit etunai percuma ini ditawarkan dengan nilai RM100 setiap seorang untuk golongan B40 dan M40.

Baca Juga:

SYARAT KELAYAKAN

Berikut adalah syarat-syarat kelayakan bagi mendapatkan kredit etunai percuma RM100 seperti di bawah :

  • Warganegara Malaysia
  • Berusia 21 tahun dan ke atas (Dewasa)
  • Pendapatan tidak melebihi RM100,000 setahun
  • Golongan B40 & M40

TARIKH TUNTUT BANTUN E-TUNAI RM100

Untuk sedia maklum, kerajaan telah memaklumkan bahawa tarikh tuntut kredit etunai RM100 bagi kategori dewasa ini akan dilaksanakan pada suku keempat tahun 2023.

Suku keempat yang dimaksudkan adalah bantuan khas ini akan diberikan pada bulan Oktober, November atau Disember 2023. Segara maklumat terkini berkenaan bantuan khas ini akan dikemaskini dari semasa ke semasa.

KREDIT ETUNAI UNTUK BELIA

Kepada yang terlepas pandang, terdapat 1 lagi bantuan kredit percuma yang telah dilaksanakan pada sebelum ini iaitu eBelia Rahmah. Bantuan ini juga adalah kredit etunai dan kadar yang diberikan adalah RM200 kepada golongan belia dan mahasiswa.

Untuk yang masih belum tuntut, masih belum terlambat kerana tarikh tutup adalah pada 22 Ogos 2023. Sila semak panduan cara tebus bantuan kredit ini di laman rasmi eBeliaRahmah – DI SINI

MAKLUMAT LANJUT

Info dan maklumat lanjut inisiatif ini akan diumumkan melalui;