Pengeluaran Penuh KWSP Secara Bersyarat Kini Dibenarkan!

Pengeluaran Penuh KWSP Secara Bersyarat. Dalam usaha kerajaan membantu mereka yang memerlukan, terdapat pelbagai jenis bantuan khas telah diperkenalkan oleh pihak kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan atau Negeri.

Salah satu inisiatif pihak kerajaan adalah dengan memperkenalkan pelbagai program KWSP iaitu i-Lestari, i-Sinar dan i-Citra yang membenarkan para ahli membuat pengeluaran wang simpanan dari Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Namun, sebenarnya pihak KWSP turut membenarkan pengeluaran penuh KWSP bersyarat mengikut kelayakan tertentu.

1.  PENGELUARAN PENUH KWSP SECARA BERSYARAT UNTUK PEKERJA BERPENCEN

Pengeluaran untuk Pekerja Berpencen / Persaraan Pilihan, mereka boleh membuat pengeluaran penuh. Definisi pekerja berpencen adalah pekerja yang telah diletakkan dalam jawatan di bawah mana-mana undang-undang bertulis dalam perjawatan berpencen oleh kerajaan Malaysia ataupun kerajaan Negeri atau badan kuasa berkanun atau tempatan.

2. KEHILANGAN UPAYA

Bagi Ahli KWSP yang mengalami kehilangan upaya boleh melakukan pengeluaran penuh simpanan anda setelah anda disahkan oleh pegawai perubatan.

Di samping itu, mereka juga layak mendapat RM 5,000 sebagi Bantuan Hilang Upaya untuk membantu meringankan beban mereka.

Pengeluaran Penuh KWSP Secara

3. PENGELUARAN PENUH KWSP SECARA BERSYARAT UNTUK PENCARUM BERUMUR 55 TAHUN

Pemohon yang mencapai usia 55 tahun dibenarkan membuat pengeluaran penuh simpanan mereka kerana Akaun 1 dan Akaun 2 akan digabungkan.

Jika pencarum memilih untuk terus bekerja selepas usia 55 tahun, caruman yang diterima selepas itu akan dikreditkan ke dalam Akaun Emas yang hanya boleh dikeluarkan apabila anda mencapai umur 60 tahun.

Baca Juga:

4. KEMATIAN

Apabila pencarum meninggal dunia, pengeluaran penuh simpanan mereka boleh dilakukan oleh waris terdekat.

Oleh sebab itu, pihak KWSP menggalakkan para pencarum melakukan penamaan untuk memudahkan urusan pengeluaran selepas kematian.

Jika para pencarum menepati segala syarat yang telah ditetapkan, anda boleh melakukan pengeluaran ini secara online di Sistem i-Akaun KWSP atau secara manual di cawangan KWSP berdekatan anda.

5. MENINGGALKAN NEGARA

Pencarum yang telah melepas atau melucutkan taraf kewarganegaraan mereka bagi tujuan berhijrah ke negara lain boleh memilih untuk mengeluarkan kesemua simpanan mereka.

Maklumat penuh berkaitan pengeluaran KWSP, boleh rujuk di Portal Rasmi KWSP – DI SINI.