Bantuan Khas Kewangan RM500 Untuk Semua Rakyat Malaysia

Bantuan Kewangan RM500 – Untuk fasa 4 Tahun 2023, Sumbangan Tunai Rahmah (STR) akan disalurkan pada bulan November yang akan datang.

Untuk fasa 4, semua penerima baharu akan menerima bayaran yang telah ditetapkan.

SUMBANGAN TUNAI RAHMAH (STR)

Kerajaan MADANI telah melancarkan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2023 sebagai satu inisiatif untuk membantu rakyat Malaysia. Bantuan ini berjumlah RM 2,500 bagi setiap isi rumah yang memenuhi syarat, dan juga terdapat bantuan tambahan mengikut kriteria tertentu.

Melalui bayaran bantuan ini ianya pasti serba sedikit dapat membantu meringankan beban rakyat lebih-lebih lagi yang sedang dalam kegawatan ekonomi.

STR FASA 4

Untuk tahun 2023 ini, Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 4 adalah bayaran terakhir yang diberikan di bawah program STR.

Pada bulan Januari, Fasa 1 bermula dan berlanjutan sehingga bulan April, apabila Fasa 2 dilaksanakan beberapa hari sebelum Hari Raya Aidilfitri. Fasa 3 pula dimulakan pada bulan Jun dan masih berjalan sehingga kini.

Baca Juga:

JUMLAH BANTUAN STR FASA 4

Dalam pendahuluan di atas, anda telah membaca bahawa PENERIMA BAHARU untuk STR Fasa 4 hanya boleh menerima bayaran maksimum sebanyak RM 1,200. Jumlah ini berbeza daripada bayaran yang diterima oleh PENERIMA LAMA. Untuk mengetahui kategori anda, sila rujuk senarai di bawah.

KATEGORI ISI RUMAH RM 0 – RM 2,500 (B40 & MISKIN TEGAR)

  • Tiada anak : RM 400
  • 1-2 anak : RM 600
  • 3-4 anak : RM 900
  • 5 dan ke atas anak : RM 1,200

KATEGORI ISI RUMAH RM 2,501 – RM 5,000 (M40)

  • Tiada anak : RM 150
  • 1-2 anak : RM 200
  • 3-4 anak : RM 400
  • 5 dan ke atas anak : RM 500

WARGA EMAS SEBATANG KARA (60 TAHUN DAN KE ATAS)

  • Menerima bayaran RM 300

BUJANG DAN BUJANG OKU

  • RM 200

TARIKH BAYARAN BANTUAN KHAS KEWANGAN RM500

Dijangkakan bahawa fasa terakhir pembayaran akan dibuat pada bulan ini.

  • November 2023

Kerajaan belum mengeluarkan tarikh khusus untuk perkara ini. Jadual yang dikeluarkan oleh pihak kewangan hanya sebagai panduan sahaja.

Bantuan Kewangan RM500

SEMAKAN STATUS STR

  • Mulai 26 Jun 2023, anda boleh menyemak status pembayaran STR anda.
  • Layari portal rasmi https://bantuantunai.hasil.gov.my
  • Untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai semakan anda, sila log masuk ke sistem STR anda.

MAKLUMAT LANJUT BANTUAN KHAS KEWANGAN RM500

Untuk mengelakkan penggodaman akaun, ID MySTR anda akan dikunci sekiranya anda tidak dapat mengingati kata laluan atau memberikan jawapan yang salah kepada soalan keselamatan (anda hanya diberi tiga peluang). Anda perlu menunggu 24 jam sebelum anda boleh mencuba lagi untuk mengakses ID MySTR anda.

Untuk mendapatkan khidmat nasihat atau pertanyaan lanjut, sila hubungi cawangan LHDNM yang terdekat atau talian Hotline BKK LHDNM 1-800-88-2747.

Atau anda boleh layari Portal Rasmi : https://bantuantunai.hasil.gov.my/