STR Fasa 4 RM900 & RM1,200 Bakal Dikreditkan Lebih Awal

SUMBANGAN TUNAI RAHMAH (STR)

STR Fasa 4 – Di bawah konsep Payung Rahmah, Bantuan STR Fasa 4 merupakan salah satu inisiatif yang ditawarkan untuk membantu mereka yang menghadapi kesulitan dalam menampung kos sara hidup. Inisiatif ini bertujuan untuk memberikan sokongan kewangan kepada golongan yang kurang berkemampuan.

Isi rumah termiskin yang terdaftar dalam data e-Kasih akan menerima bantuan tambahan sebanyak RM600 daripada kerajaan.

Pada tahun 2023, bayaran STR telah diagihkan kepada tiga fasa. Fasa 1 dibayar pada 17 Januari, Fasa 2 dibayar pada 5 April, dan Fasa 3 dibayar pada 26 Jun. Ini adalah sebahagian daripada usaha kerajaan untuk membantu rakyat yang terjejas oleh pandemik.

Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang bayaran Sumbangan Tunai Rahmah Fasa Empat.

PENERIMA BAYARAN BANTUAN STR FASA 4

Penerima Fasa 4 adalah mereka yang menerima Fasa 1 dan telah disahkan tidak meninggal dunia bersama pasangan sehingga 28 Februari, menurut LHDN.

Bagi mereka yang tidak menerima Sumbangan Tunai Rahmah pada Fasa 1 dan Fasa 2, sama ada permohonan baharu atau kemaskini, bayaran akan dibuat pada Fasa 4 sekiranya layak mendapat STR.

KATEGORI KELAYAKAN BAYARAN BANTUAN MYSTR

Untuk STR, kategori yang boleh mohon adalah mereka yang tinggal seorang diri, warga emas yang tidak berkahwin dan orang-orang bujang.

Data BKM 2022 menentukan siapa yang layak menerima STR Fasa 1. Jika anda belum menerima bantuan ini dan ingin memohon, sila tunggu sehingga permohonan baru dibuka pada masa depan.

STR

Baca Juga:

TARIKH BAYARAN

Untuk Fasa 4, pembayaran akan dibuat secara berperingkat bermula dari bulan NOVEMBER 2023. Ini adalah bagi memastikan proses pembayaran berjalan lancar dan tepat.

Bagi penerima yang layak, bayaran bantuan akan dimasukkan secara langsung ke dalam akaun bank mereka seperti biasa. Bagi mereka yang tidak mempunyai akaun bank atau akaun mereka tidak aktif, mereka boleh mendapatkan pembayaran secara tunai di kaunter BSN yang terdekat.

STR

JUMLAH MYSTR : BAYARAN BANTUAN STR FASA 4

Berikut adalah jumlah pembayaran bagi Sumbangan Tunai Rahmah Fasa Empat.

Pendapatan Isi Rumah RM2,500 dan Ke Bawah

STR

Pendapatan Isi Rumah RM2,501 – RM5,000

STR

SEMAKAN STATUS STR

MAKLUMAT LANJUT

Anda perlu mengingati kata laluan anda dan menjawab soalan keselamatan dengan betul. Jika anda tidak dapat melakukan kedua-duanya, ID anda akan terkunci selama 24 jam selepas tiga percubaan yang tidak berjaya. Anda hanya boleh mencuba semula selepas tempoh ini berakhir.

Sebarang bantuan lanjut, boleh hubungi LHDNM berhampiran atau talian Hotline BKK LHDNM 1-800-88-2747.

Atau anda boleh layari Portal Rasmi : https://bantuantunai.hasil.gov.my/