STR Fasa 4 : Jadual & Tarikh Bayaran Dikreditkan

SUMBANGAN TUNAI RAHMAH (STR)

STR Fasa 4 : Jadual & Tarikh Bayaran – Inisiatif Payung Rahmah melancarkan Bantuan STR Fasa 4 untuk golongan yang kurang berkemampuan. Inisiatif ini bertujuan untuk mengurangkan beban kos sara hidup yang mereka hadapi.

Isi rumah termiskin yang terdaftar dalam data e-Kasih akan menerima bantuan STR tambahan sebanyak RM600 daripada kerajaan.

Pada tahun 2023, bayaran STR telah diagihkan kepada tiga fasa. Fasa 1 dibayar pada 17 Januari, Fasa 2 dibayar pada 5 April, dan Fasa 3 dibayar pada 26 Jun. Ini adalah sebahagian daripada usaha kerajaan untuk membantu rakyat yang terjejas oleh pandemik.

Untuk Fasa Empat Sumbangan Tunai Rahmah, berikut adalah maklumat lanjut mengenai bayaran yang akan diterima oleh penerima-penerima yang layak.

PENERIMA BANTUAN STR FASA 4

Penerima Bayaran Fasa 4 ialah mereka yang menerima Fasa 1 dan telah disahkan tidak meninggal dunia atau pasangannya tidak meninggal dunia sehingga 28 Februari, menurut LHDN.

Untuk Penerima Sumbangan Tunai Rahmah yang layak tetapi tidak menerima bayaran pada Fasa 1 dan Fasa 2, sama ada permohonan baharu atau kemaskini, akan menerima bayaran pada Fasa 4.

Baca Juga:

TARIKH BAYARAN & SEMAKAN MYSTR FASA 4

Untuk Fasa 4 STR, pembayaran akan dibuat secara berperingkat bermula dari NOVEMBER 2023.

Penerima yang layak akan menerima bayaran bantuan secara kredit langsung ke akaun bank mereka seperti biasa. Bagi mereka yang tiada akaun bank atau akaun mereka tidak aktif, mereka boleh menuntut pembayaran STR secara tunai di kaunter BSN yang terdekat.

STR Fasa 4 : Jadual &

BANTUAN STR FASA 4 : JADUAL & JUMLAH BAYARAN

Untuk Sumbangan Tunai Rahmah Fasa Empat, jumlah pembayaran yang diperuntukkan adalah seperti berikut:

Pendapatan Isi Rumah RM2,500 dan Ke Bawah

STR Fasa 4 : Jadual &

Pendapatan Isi Rumah RM2,501 – RM5,000

TARIKH BAYARAN & SEMAKAN STATUS STR

KATEGORI KELAYAKAN BAYARAN BANTUAN MYSTR

Untuk STR, kategori yang boleh mohon adalah mereka yang tinggal seorang diri, warga emas yang tidak berkahwin dan orang yang belum berumah tangga.

Data BKM 2022 menentukan penerima STR Fasa 1. Jika anda belum menerima bantuan ini dan ingin memohon, sila tunggu sehingga permohonan baru dibuka pada masa depan.

MAKLUMAT LANJUT STR FASA 4 : JADUAL & TARIKH BAYARAN

Untuk mengelakkan penyalahgunaan ID MySTR, anda hanya diberi tiga peluang untuk memasukkan kata laluan dan menjawab soalan keselamatan. Jika anda gagal dalam ketiga-tiga percubaan, ID MySTR anda akan dikunci selama 24 jam. Anda boleh mencuba semula selepas tempoh tersebut.

Sebarang bantuan lanjut, boleh hubungi LHDNM berhampiran atau talian Hotline BKK LHDNM 1-800-88-2747.

Atau anda boleh layari Portal Rasmi : https://bantuantunai.hasil.gov.my/