KWSP Akaun 3 : Boleh Keluarkan Wang Simpanan Bila-Bila Masa

Akaun 3 KWSP – Pihak Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dijangka akan memperkenal Akaun 3 untuk pencarum baharu bagi tempoh dua tahun akan datang.

Berikut adalah maklumat lanjut mengenai cadangan tersebut.

Apakah Akaun 3 KWSP?

Untuk makluman, pihak Kumpulan Wang Simpanan Pekerja telah bercadang untuk memperkenalkan Akaun 3 bagi membolehkan pengeluaran simpanan dilakukan pada bila-bila masa sahaja.

Ketua Pegawai Strategi Kumpulan Wang Simpanan Pekerja, Nurhisham Hussein, berkata Akaun 3 yang dicadangkan itu akan berfungsi seperti simpanan dan ahli boleh mengeluarkan simpanan mereka pada bila-bila masa.

Namun, Pensyarah Pusat Pengajian Siswazah Perniagaan UniRazak, Prof Emiritus Dr Barjoyai Bardai berkata, perkara tersebut perlu mengambil kira tahap disiplin para pencarum agar tidak berlaku pengeluaran wang secara kerap.

KWSP Akaun 3

Baca Juga:

Pihak KWSP juga perlu memastikan bahawa mereka mempunyai dana yang mencukupi sekiranya cadangan ini dilaksanakan.

Tujuan Akaun 3 KWSP

Tujuan utama pihak KWSP adalah untuk memberi pertimbangan dengan isu aliran tunai bersama isu krisis persaraan.

Buat masa ini, seramai 9 peratus ahli tidak mempunyai apa-apa simpanan pada umur 55. Angka ini meningkat ke sekitar 25 peratus apabila ahli KWSP mencapai umur 75.

Syarat & Kelebihan Akaun 3 KWSP

Bagi ahli baharu, cadangan pengeluaran mandatori bulanan hanya akan dilaksanakan bagi yang lahir pada atau selepas tahun 2010.

Cadangan memperkenalkan Akaun 3 itu juga adalah untuk memenuhi potensi keperluan tunai kecemasan ahli.

Selain itu, ia juga bertujuan untuk menarik minat mereka yang dalam sektor tidak formal untuk membuat caruman dengan KWSP.

KWSP Akaun 3

Walaupun tujuan utama adalah untuk menangani isu aliran tunai dalam kalangan pekerja sektor tidak formal, ahli sedia ada juga boleh, secara sukarela ikut serta sebaik sahaja akaun itu diwujudkan.

“Ia merupakan pilihan semata-mata untuk ahli sedia ada,” kata Nurhisham, Ketua Pegawai Strategi KWSP.

Tarikh Pelaksanaan

Cadangan ini masih diteliti dan tarikh pelaksanaan masih belum ditentukan.

Maklumat Lanjut

Bagi mendapatkan maklumat terkini berkaitan bantuan ini, anda boleh rujuk di:

  • Facebook Rasmi Kumpulan Simpanan Wang Pekerja (KWSP)
  • Hotline : 03-8922 6000
  • Laman Web Rasmi : https://www.kwsp.gov.my/