Gaji Dinaikkan RM300 & Bonus Setengah Bulan Diberikan – CUEPACS

Gaji Dinaikkan RM300 – Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) telah memohon pihak kerajaan untuk menaikkan gaji penjawat awam sebanyak RM300.

Selain itu, Kesatuan tersebut turut berharap pihak kerajaan memberikan bonus minimum satu bulan setengah kepada para penjawat awam.

Yang mana perkara tersebut kali terakhir diterima pada 2012 dan selepas itu hanya diberikan bantuan khas kewangan.

Gaji Dinaikkan RM300 – Mohon Cuepacs

Presiden Cuepacs Datuk Adnan Mat berkata kenaikan gaji itu wajib diberikan kepada semua penjawat awam.

Hal ini bertujuan bagi membantu penjawat awam menghadapi peningkatan kos sara hidup semasa.

Sambil menunggu Sistem Saraan Perkhidmatan Awam dilaksanakan pada 2025.

Gaji Dinaikkan

Baca Juga:

“Kenaikan gaji sebanyak RM300 ini juga boleh meningkatkan gaji bersih (take-home pay)”

“serta dapat memberi kelegaan kepada penjawat awam sementara menunggu tempoh sistem saraan baharu dilaksanakan pada 2025,” katanya dalam satu kenyataan.

Bagi Meningkatkan Motivasi Penjawat Awam

Adnan berkata Cuepacs memahami kekangan kerajaan, namun pada masa sama penjawat awam juga perlu ihsan daripada pihak kerajaan bagi merangsang serta meningkatkan motivasi dalam pekerjaan.

Pada pembentangan belanjawan tersebut, Cuepacs turut memohon diskaun sekurang-kurangnya 30 peratus untuk pembayaran cukai pendapatan kepada semua penjawat awam.

Di samping, meningkatkan jumlah pengiraan pencen kepada jumlah tahun perkhidmatan sehingga 35 tahun bagi memaksimumkan pencen yang akan diterima penjawat awam.

Gaji Dinaikkan

“Buat masa ini, pengiraan pencen penjawat awam adalah terhad kepada 360 bulan atau 30 tahun tempoh perkhidmatan.

“Bagi tempoh perkhidmatan lebih 30 tahun dan ke atas, pengiraan pencen bulanan diambil terus 60 peratus dari gaji pokok akhir atau 3/5 daripada gaji pokok akhir.

Perkara ini secara tidak langsung akan mengakibatkan mereka yang berkhidmat lebih daripada 30 tahun tidak dapat menikmati jumlah maksimum pencen berdasarkan perkhidmatan mereka,” katanya.

SUMBER : BERNAMA