Bayaran Insentif Awal RM2000 Disalurkan Untuk Rakyat Malaysia

Bayaran Insentif Awal RM2,000 Untuk Penjawat Awam

Bayaran Insentif Awal Rm2000 – Ramai yang menunggu perkara berkaitan kenaikan gaji untuk penjawat awam melalui Belanjawan 2024.

Hal ini disebabkan terdapat media yang melaporkan bahawa Perdana Menteri pernah mengumumkan bahawa Kerajaan akan menaikkan gaji penjawat awam dalam amaun yang kecil buat sementara waktu menerusi Belanjawan Madani 2024 sebelum kenaikan berkala bagi setiap 10 tahun diselesaikan selewat-lewatnya tahun depan.

Berikut dikongsikan maklumat lengkap berkaitan bayaran insentif ini.

Bayaran Insentif Awal RM2000

Belanjawan 2024 : Isi Kenaikan Gaji Penjawat Awam

Datuk Seri Anwar Ibrahim yang merupakan Perdana Menteri Malaysia berkata gaji penjawat awam sepatutnya telah pun dinaikkan sejak dua tahun lalu.

Namun ianya tidak dilaksanakan kerajaan sebelum ini.

Jelasnya, mesyuarat bersama Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) sebelum ini mengesahkan tidak ada sebarang langkah dibuat oleh pihak kerajaan terdahulu untuk melihat perkara tersebut.

Baca Juga:

“Jadi bila kita adakan mesyuarat dan bila saya semak dengan JPA saya bertanya kenapa tidak ada mesyuarat lagi? Dia kata takda. Pada hal gaji penjawat awam ini tiap 10 tahun ikut keupayaan kita, jika kita mampu naik sikit kena naik sebab inflasi tu naik juga sikit,” katanya ketika berucap pada Majlis Perasmian Geopark Discovery Centre, Langkawi pada 11 Ogos 2023.

Untuk rekod, kali terakhir kadar gaji penjawat awam telah dinaikkan adalah pada tahun 2013 iaitu 10 tahun lalu

yang melibatkan pemberian kepada semua penjawat awam faedah pemindahan gaji sebanyak satu kenaikan gaji tahunan (KGT) mulai 1 Julai 2013, melibatkan kenaikan antara RM80 hingga RM320.

Kerajaan Perlu Bersedia Menaikkan Gaji Penjawat Awam

Pihak  kerajaan sepatutnya bersedia untuk menaikkan gaji penjawat awam dengan pelaksanaan kenaikan kadar gaji 8 peratus bagi gred 40

dan ke bawah dan 5 peratus bagi gred 41 hingga gred 54.

Kadar minimum kenaikan kadar gaji yang telah ditetapkan adalah sebanyak RM200. Perubahan kadar gaji ini juga akan turut melibatkan penyelarasan pencen pesara yang akan menikmati pencen bulanan yang lebih baik.

Bayaran Insentif Awal RM2000

Belanjawan 2024 : Bayaran Insentif Awal RM2000 Untuk Penjawat Awam

Belanjawan 2024: Penjawat awam gred 56 dan ke bawah termasuk lantikan kontrak akan menerima bayaran Insentif Awal RM2,000, dibayar akhir Februari 2024.

Insentif RM1000 juga akan diberikan kepada pesara Kerajaan termasuk veteran berpencen serta veteran tidak berpencen.

Kerajaan bersetuju memberikan Bayaran Insentif Awal Kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) kepada penjawat awam dan pesara ini sementara menunggu Kajian SSPA yang dijangka dimuktamadkan pada penghujung tahun hadapan.

Tarikh Bayaran Insentif Awal RM2000 Penjawat Awam 2024

Bayaran insentif ini akan dilakukan pada akhir Februari 2024 bagi meringankan beban persediaan persekolahan serta persiapan menjelang bulan Ramadan dan Syawal.

Bayaran Insentif Awal RM2000

Kenaikan Gaji RM300, Bonus Minimum 1 Bulan Setengah

Antara cadangan CUEPACS ialah menaikkan gaji penjawat awam sebanyakRM300,

bonus minimum satu bulan setengah yang kali terakhir diterima pada 2012 dan selepas itu hanya diberikan bantuan khas kewangan.

Diskaun sekurang-kurangnya 30 peratus untuk pembayaran cukai pendapatan kepada semua penjawat awam.

Selain itu, meningkatkan jumlah pengiraan pencen kepada jumlah tahun perkhidmatan hingga 35 tahun bagi memaksimumkan pencen bakal diterima penjawat awam.

Ini merupakan permohonan sangat wajar bagi membantu penjawat awam menghadapi peningkatan kos sara hidup semasa.

PM Digesan Menoktahkan Polemik Pemansuhan Pencen Penjawat Awam

Diharap Perdana Menteri juga dapat mengambil peluang ketika pembentangan belanjawan untuk menoktahkan polemik cadangan pemansuhan pencen penjawat awam sama ada membabitkan penjawat awam sedia ada ataupun lantikan baru. Pihak kerajaan perlu mengumumkan secara terbuka pendirian dan keputusan terhadap isu ini.

Hal ini sangat penting kerana masyarakat dan ahli politik hangat membahaskan isu ini hingga menimbulkan keresahan

Serta ketidakselesaan penjawat awam dan rakyat yang berminat menyertai perkhidmatan awam.

Skim pencen menjadi keistimewaan penjawat awam di negara ini tidak wajar dilihat sebagai bebanan kepada pihak kerajaan, ianya tidak wajar dipertikaikan apatah lagi dicadang untuk dimansuhkan.

Belanjawan Madani 2024 Menjadi Peristiwa Penting

Semoga Belanjawan Madani 2024 menjadi peristiwa penting mengiktiraf sumbangan dan menyantuni harapan semua penjawat awam

Dengan menyediakan insentif sewajarnya sebagai suntikan semangat dan motivasi untuk terus memberikan perkhidmatan yang terbaik.

Walaupun berhadapan pelbagai halangan, kerajaan perlu berusaha sedaya upaya untuk memenuhi tuntutan dan harapan penjawat awam dalam belanjawan kali ini.

SUMBER : Berita Harian