Pengeluaran KWSP Untuk Pencarum Berumur 40 Tahun Ke Bawah

Pengeluaran Wang KWSP Diperluaskan Kepada Pencarum Bawah 40 Tahun

Pengeluaran KWSP Untuk Pencarum – KUALA LUMPUR: Untuk membantu pencarum KWSP yang terjejas akibat pandemik, Datuk Seri Shahidan Kassim, Ahli Parlimen Arau, mencadangkan supaya Program FSA2 diperluaskan kepada mereka yang berumur kurang daripada 40 tahun. Program ini membolehkan pencarum mengeluarkan sebahagian wang simpanan mereka dari Akaun 2 KWSP.

Menurut Shahidan, FSA2 merupakan satu pilihan yang dapat membantu rakyat yang menghadapi kesulitan ekonomi akibat kenaikan kos sara hidup dan harga barangan. Beliau berkata, inisiatif ini dapat memberi bantuan segera kepada mereka yang memerlukan.

“Berhubung pengurusan strategik badan berkanun EPF (KWSP), saya ingin bertanya kepada YB (Yang Berhormat), inisiatif yang diperkenalkan FSA2, kerajaan telah benarkan mereka berumur 40 tahun ke atas, terima kasih berjaya tetapi apa beza 40 tahun dengan orang umur 39 tahun macam mana?

“Jadi, saya minta ia dipanjangkan kepada 40 tahun ke bawah,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Pengeluaran Akaun 3 Tidak Memberi Kemudahan

Menurut beliau, Akaun 3 tidak membenarkan pencarum mengeluarkan wang lebih banyak kerana ia merupakan gabungan Akaun 1 dan 2.

“YB akan menjawab kita akan mulakan Akaun 3 tahun depan, saya dengar YB sudah menjawab, tetapi sekarang saya nak jawab balik YB, Akaun 3 itu tak beri duit lebih, ia ambil dari Akaun 1 dan 2 dan beri kepada Akaun 3 sebelum dipermudahkan pengeluarannya.

Pengeluaran KWSP Untuk Pencarum
Sumber Foto Bernama (Pengeluaran Wang KWSP Diperluaskan)

“Permudahkan (pengeluaran) Akaun 2 sekarang YB orang tengah susah..kalau tak susah tak perlu cakap benda ini dan dia (pencarum) minta duit dia.

“Jadi saya ingat inilah masa terbaik kerajaan benarkan serta merta kerana orang tengah susah.

betul-betul terutama apabila kerajaan gagalmenangani harga beras yang tak dapat dikawal sehingga hari ini dan barangan makanan lain yang naik mendadak,” katanya.

Baca Juga:

Program Pinjaman Peribadi Menggunakan Akaun 1 KWSP

FSA2 merupakan satu skim pinjaman peribadi yang memerlukan pencarum KWSP menjamin Akaun 2 mereka. Skim ini mula menerima permohonan pada 7 April yang lalu.

Pencarum KWSP yang berumur 40 tahun dan ke atas dan memenuhi syarat boleh meminjam wang dalam program pinjaman peribadi. Jumlah pinjaman yang boleh dipohon adalah antara RM3,000 hingga RM50,000. Permohonan boleh dibuat melalui dua institusi kewangan iaitu Malaysia Building Society Bhd (MBSB) dan Bank Simpanan Nasional (BSN).

Maklumat Lanjut Pengeluaran KWSP Untuk Pencarum

Sebarang maklumat lanjut berkaitan FSA2 boleh diperolehi melalui saluran berikut:

SUMBER: Harian Metro