Bantuan Tunai RM200 Fasa 1 Mula Dikreditkan Hari Ini

Bantuan Tunai RM200 – Untuk membantu golongan yang memerlukan, Kerajaan telah melaksanakan pelbagai bantuan kewangan. Bantuan-bantuan ini disalurkan melalui Kementerian atau Jabatan Kerajaan yang berkenaan, bergantung kepada kumpulan sasar dan skop tanggungjawab masing-masing.

BMT merupakan inisiatif Kerajaan yang diumumkan dalam Belanjawan 2023 untuk membantu golongan yang layak. Ia adalah salah satu daripada usaha-usaha Kerajaan untuk meningkatkan kesejahteraan rakyat.

Berikut adalah maklumat lanjut berkenana bantuan kewangan ini:

Bantuan Musim Tengkujuh (BMT)

Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) merupakan satu program yang diperkenalkan oleh kerajaan melalui RISDA untuk membantu petani getah menghadapi kesulitan kewangan. Kerajaan telah mengumumkan bahawa bantuan ini akan ditingkatkan daripada RM600 kepada RM800 bagi setiap petani bermula tahun 2023.

Bantuan Tunai RM200

BMT bertujuan untuk membantu pekebun kecil/penoreh getah yang layak mengatasi kesulitan kewangan semasa musim hujan.

Baca Juga:

Syarat-syarat Kelayakan Bantuan Tunai RM200

  • Merupakan seorang Warganegara Malaysia;
  • Pekebun kecil berdaftar dengan RISDA;
  • Keluasan 0.1 hektar hingga 2.5 hektar;
  • Pemilik tanah yang sah bagi Pemilik Pengusaha atau pengesahan dari pemilik tanah yang sah bagi Penoreh Bukan Pemilik;
  • 1 Lot hanya seorang pekebun kecil sahaja (sama ada pemilik tanah atau penoreh);
  • Seorang penerima hanya layak menerima bantuan sekali sahaja;
  • Mempunyai Kad Permit Autoriti Getah (PAT-G) yang masih sah (bagi Penoreh Bukan Pemilik sahaja).

Tarikh Bayaran BMT

Untuk tempoh empat bulan, pekebun kecil yang memberi sumbangan musim tengkujuh sebanyak RM800 akan menerima bayaran secara berperingkat mengikut jadual di bawah ini:

  • November 2023 – RM200
  • Disember 2023 – RM200
  • Januari 2024 – RM200
  • Februari 2024 – RM200

Cara Semak Bantuan Tunai RM200

BMT akan dibayar sebanyak empat fasa bermula pada bulan November 2023 hingga Februari 2024. Setiap fasa akan melibatkan kadar kewangan sebanyak RM200 (jumlah keseluruhan RM800).

Pembayarannya pula akan dibuat secara terus ke akaun bank aktif yang telah didaftarkan oleh penerima ketika permohonan dibuat.

Maklumat lebih lengkap berkenaan bantuan ini boleh dilihat di Portal Rasmi RISDA DI SINI dan semakan kelulusan boleh dibuat DI SINI.