STR 2024 Fasa 1 : Tarikh & Jumlah Bayaran Mengikut Kategori

STR 2024 – Kerajaan telah bersetuju untuk menambah peruntukan bagi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) sebanyak 2 bilion ringgit, iaitu 25 peratus daripada jumlah asal. Ini bermakna penerima STR akan mendapat manfaat daripada peruntukan yang meningkat dari 8 bilion ringgit kepada 10 bilion ringgit.

Datuk Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri, telah mengumumkan perkara tersebut semasa membentangkan Belanjawan 2024 di Dewan Rakyat pada hari ini.

Menurut beliau, 9 juta penerima atau 60 peratus daripada penduduk dewasa Malaysia akan mendapat manfaat daripada STR.

STR 2024

Pengenalan Sumbangan Tunai Rahmah – STR 2024

Rakyat Malaysia yang tergolong dalam kategori miskin, B40 dan M40 boleh mendapat bantuan tunai daripada Sumbangan Tunai Rahmah. Jumlah sumbangan berbeza mengikut status perkahwinan, bilangan tanggungan dan umur penerima.

Salah satu manfaat daripada penstrukturan semula subsidi ialah Kerajaan dapat memperbaiki dan meningkatkan bantuan kewangan kepada rakyat melalui Skim Tunai Rahmah 2024 (STR).

Bagi golongan belia, kadar minimum STR akan naik dari RM350 ke RM500.

Baca Juga:

Untuk isi rumah biasanya, bayaran pertama STR adalah RM300 sahaja. Ini merupakan jumlah maksimum yang ditetapkan.

Untuk STR 2024, bayaran pertama STR telah ditingkatkan daripada RM300 kepada RM500. Ini adalah sebahagian daripada usaha kerajaan untuk meningkatkan kesejahteraan rakyat.

Mulai Januari 2024, isi rumah miskin dan miskin tegar yang tergolong dalam kategori baharu data eKasih akan mendapat sumbangan tahunan sebanyak RM3700. Jumlah ini lebih tinggi daripada RM3100 yang diberikan pada tahun 2023.

Sumbangan tersebut akan disalurkan sebelum bulan Ramadan tahun depan.

Bagi penerima STR, mereka akan mendapat manfaat daripada SARA (Sumbangan Asas Rahmah 2024) yang menyediakan RM100 sebulan selama 12 bulan. Program ini dijangka akan memberi bantuan kepada 700 ribu penerima STR di seluruh negara.

Program rebat bil elektrik sebanyak RM40 sebulan untuk isi rumah miskin tegar yang melibatkan lebih daripada 142,000 penerima juga akan diteruskan.

Syarat Permohonan

I) KATEGORI ISI RUMAH

Pemohon :

  • Merupakan warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia sahaja
  • Lelaki atau wanita yang menjadi ketua keluarga dan bekerja di Malaysia dengan jumlah pendapatan kasar bulanan isi rumah RM5,000 dan ke bawah Pasangan
  • Warganegara Malaysia (MyKad) atau memiliki pengenalan Malaysia (MyPR / MyKAS)
  • Bukan Warganegara Malaysia (selain pengenalan MyPR / MyKAS) Anak
  • Hubungan mestilah anak kandung (termasuk anak tidak sah taraf) atau anak angkat yang berdaftar dengan JPN sahaja; dan
  • Warganegara Malaysia yang memiliki pengenalan Malaysia (MyKad / MyKID) sahaja; dan
  • Tidak bekerja atau tiada punca pendapatan yang berumur: – 18 tahun dan ke bawah; atau – 19 tahun dan ke atas bagi yang masih belajar sepenuh masa di IPTA / IPTS

Pasangan :

  • Warganegara Malaysia (MyKad) atau memiliki pengenalan Malaysia (MyPR / MyKAS)
  • Bukan Warganegara Malaysia (selain pengenalan MyPR / MyKAS)

Anak :

  • Hubungan mestilah anak kandung (termasuk anak tidak sah taraf) atau anak angkat yang berdaftar dengan JPN sahaja; dan
  • Warganegara Malaysia yang memiliki pengenalan Malaysia (MyKad / MyKID) sahaja; dan
  • Tidak bekerja atau tiada punca pendapatan yang berumur: – 18 tahun dan ke bawah; atau – 19 tahun dan ke atas bagi yang masih belajar sepenuh masa di IPTA / IPTS

II) KATEGORI BUJANG

  •  Pemohon merupakan seorang warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia sahaja
  • Bekerja di Malaysia dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM2,500 dan ke bawah bagi yang berumur 21 tahun hingga 59 tahun dan OKU berumur 19 tahun hingga 59 tahun
  • Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa

III) KATEGORI WARGA EMAS / TIADA PASANGAN

  • Warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia sahaja
  • Bekerja di Malaysia dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM5,000 dan ke bawah bagi yang berumur 60 tahun dan ke atas

Tarikh Permohonan

Mulai 1 November 2023, permohonan STR boleh dibuat pada bila-bila masa sepanjang tahun. Ini adalah berbeza dengan sebelum ini, di mana permohonan hanya dibuka sekali setahun.

STR 2024

Tarikh Bayaran Pertama STR 2024

Sebelum Ramadan, bayaran pertama STR 2024 akan disalurkan dengan jumlah RM500, yang merupakan kenaikan berbanding tahun sebelumnya.

Bayaran bagi 4 fasa Sumbangan Tunai Rahmah tahun 2024 adalah seperti berikut:

  • Fasa 1 : Februari 2024
  • Fasa 2 : April 2024
  • Fasa 3 : Ogos 2024
  • Fasa 4 : November 2024

Kadar Bantuan

Kementerian Kewangan telah menerbitkan Touchpoints Belanjawan 2024 yang menerangkan bantuan STR 2024. Jumlah bantuan yang diberikan adalah seperti berikut:

Pendapatan Isi Rumah : Kurang daripada RM2,500 sebulan

  • RM2,500 : 5 Anak Atau Lebih
  • RM2,000 : 3 – 4 Anak
  • RM1,500 : 1 – 2 Anak
  • RM1,000 : Tiada Anak

Pendapatan Isi Rumah : RM2,501 – RM5,000

  • RM1,250 : 5 Anak Atau Lebih
  • RM1,000 : 3 – 4 Anak
  • RM750 : 1 – 2 Anak
  • RM500 : Tiada Anak

Warga Emas Bujang

  • RM600

Bujang (Pendapatan durang daripada RM2,500)

  • RM350

STR 2024

Cara Permohonan Sumbangan Tunai Rahmah 2023 (STR 2024)

Kaedah Permohonan :

Semakan Status STR 2024 Fasa 1

Semakan status permohonan STR 2024 Fasa 1 boleh dibuat di Portal Rasmi STR https://bantuantunai.hasil.gov.my/

Maklumat Lanjut

Maklumat lanjut mengenai STR 2024 boleh layari laman web STR di

  • Portal Rasmi: https://bantuantunai.hasil.gov.my/
  • Aplikasi Semakan STR di PlayStore
  • Pejabat HASiL: 1-800-88-2747
  • MoF: 03-8882 4565 / 4566
  • Hadir ke Pejabat HASiL berhampiran