STR Bujang 2024 : Tarikh & Jumlah Bayaran

STR Bujang 2024 – STR Bujang adalah program bantuan kewangan yang diperkenalkan oleh kerajaan untuk individu-individu yang belum berkahwin, berumur antara 21 hingga 59 Tahun, dan tergolong dalam kategori B40 atau miskin tegar. Program ini bertujuan untuk meringankan beban kos sara hidup mereka yang terjejas oleh keadaan ekonomi.

Untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan bantuan ini terus bersama kami sehingga ke penghujung artikel.

Sumbangan Tunai Rahmah (STR)

Golongan B40 yang tidak berkemampuan dan layak boleh mendapat bantuan daripada kerajaan melalui Sumbangan Tunai Rahmah atau STR. Bantuan ini bertujuan untuk membantu golongan ini mengatasi kesulitan hidup dan meningkatkan taraf kehidupan mereka.

Bagi golongan berpendapatan rendah dan sederhana yang layak dan memerlukan, Kerajaan menyediakan bantuan untuk mengatasi kesukaran kos sara hidup.

Salah satu faedah penstrukturan semula subsidi ialah Kerajaan dapat memperbaiki dan menambah nilai pemberian wang tunai kepada rakyat melalui STR 2024 dengan menjamin bahawa isi rumah berpendapatan rendah masih mendapat sokongan yang sewajarnya.

Baca Juga:

Kategori Penerima STR

Terdapat tiga kategori penerima STR, iaitu:

  • Isi Rumah berpendapatan rendah (B40);
  • Warga Emas yang tiada pasangan, dan;
  • Bujang B40.

STR Bujang B40

Bantuan STR bujang adalah satu program yang ditujukan kepada individu yang berumur antara 21 hingga 59 Tahun, yang belum berkahwin atau tiada pasangan, dan tergolong dalam kategori B40. Program ini bertujuan untuk membantu golongan ini menghadapi kos sara hidup yang tinggi.

Syarat Kelayakan STR Bujang

Pemohon layak menerima bantuan ini sekiranya mereka memenuhi syarat kelayakan seperti di bawah:

i) Bujang

  • Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
  • Had umur adalah 21-59 tahun; dan
  • Pendapatan individu adalah RM2,500 dan ke bawah.

Nota : Bagi individu bujang berusia 21 tahun dan ke atas yang masih belajar sepenuh masa di Institusi Pengajian Tinggi Awam / Swasta anda tidak layak memohon bagi STR Bujang dan hanya dibenarkan untuk dimasukkan ke dalam maklumat anak / tanggungan permohonan isi rumah.

Nota: Had umur bagi permohonan bantuan ini bagi individu bujang (B40) yang merupakan Orang Kurang Upaya (OKU), anda layak memohon bantuan jenis ini daripada usia 19 Tahun.

Cara Permohonan STR Bujang 2024

Jika anda memenuhi syarat kelayakan dan ingin melakukan permohonan, anda boleh pergi ke laman rasmi Sumbangan Tunai Rahmah iaitu di MySTR.

Permohonan STR boleh dilakukan seperti berikut:

  1. Layari laman MySTR.
  2. Tekan butang Permohonan Baharu.
  3. Lengkapkan Maklumat Pemohon.
  4. Lengkapkan Maklumat Waris
  5. Tekan butang “TERUSKAN” dan isi kod CAPTCHA yang diberikan dalam ruang medan yang disediakan.
  6. Kemudian paparan Perakuan Pemohon akan dipaparkan, tick butang tersebut jika maklumat yang diisi adalah benar.
  7. Klik butang “HANTAR”
  8. Setelah permohonan Berjaya dihantar, paparan pengesahan pemohon akan dipaparkan.

Jumlah Bayaran STR Bujang

Bagi individu yang layak menerima bantuan STR kategori ini, anda akan memperoleh bantuan sebanyak RM350 dalam tempoh setahun secara berperingkat.

STR Bujang 2024

Tarikh Bayaran STR Bujang 2024

Seperti yang dimaklumkan, pembayaran STR Bujang sebanyak RM 350 akan diberikan secara berperingkat seperti di bawah:

  • Fasa 1 – RM 100 (Februari)
  • Fasa 2 – RM 100 (April)
  • Fasa 3 – RM 150 (Ogos)

Maklumat Lanjut

Untuk mendapatkan maklumat lanjut atau anda terdapat sebarang pertanyaan, sila rujuk:

  • Laman web rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) : MySTR
  • Hotline STR LHDNM: 1800-88-2747
  • Hotline STR MoF: 03-8882 4565/4566
  • Talian Bantuan Khas Kerajaan Cawangan LHDNM
  • Emel: str@treasury.gov.my