eMadani RM100 : Ini Punca Ramai Tidak Dapat Tebus!

eMadani RM100 – Mulai 4 Disember 2023 hingga 20 Februari 2023, anda boleh menuntut Bantuan eMadani RM100. Inisiatif ini adalah sebahagian daripada usaha kerajaan di bawah ‘Ekonomi MADANI: Memperkasa Rakyat’ yang telah diumumkan sebelum ini.

Namun begitu, persoalan yang sering ditimbulkan oleh ramai orang ialah apakah sebab-sebab yang menyebabkan permohonan mereka tidak berjaya atau tidak diluluskan.

Berikut kami kongsikan sebab mengapa permohonan eMadani anda tidak berjaya.

Pengenalan

Inisiatif Kerajaan yang dikenali sebagai Program eMADANI adalah sebahagian daripada kerangka ‘Ekonomi MADANI: Memperkasa Rakyat’ yang telah diumumkan sebelum ini.

Program ini bertujuan untuk meningkatkan penggunaan transaksi tanpa tunai di samping meringankan beban kewangan rakyat.

Ini adalah satu program yang memberi kredit eMADANI sebanyak RM100 kepada lebih 10 juta rakyat Malaysia. Kredit ini boleh digunakan untuk membeli barangan fizikal daripada e-dompet yang terpilih.

Penyedia e-dompet yang terlibat juga akan memberikan manfaat lain seperti baucar, cashback, diskaun, reward points dan coins kepada pengguna mereka.

eMadani RM100

Baca Juga:

Sebab Utama Tuntutan eMadani RM100 Tidak Berjaya

Berikut adalah merupakan beberapa sebab kemungkinan mengapa tuntutan anda tidak berjaya:

  • Terdapat beberapa tuntutan melalui e-dompet yang berbeza dibawah nama/nombor KP anda
  • Format nama dan nombor KP yang diisi adalah salah (cth. nama dengan aksara khas seperti @, &, * tidak dapat diproses)
  • Nama yang diisi di dalam borang tuntutan tidak sama seperti nama yang tertera di MyKad anda
  • Nombor KP anda tidak wujud atau tidak lagi sah di rekod JPN
  • Status kediaman anda tidak tertera sebagai warganegara Malaysia atau anda bukan pemegang MyKad
  • Untuk mendapatkan maklumat pendapatan terkini anda, sila semak rekod LHDN anda yang mungkin belum dikemaskini. Anda boleh menghubungi LHDN melalui saluran rasmi mereka untuk maklumat lanjut.

eMadani RM100

Cara Untuk Mengetahui Jika Anda Layak Atau Tidak Membuat Tuntutan eMadani RM100

Setelah anda memohon dalam e-dompet pilihan anda, penyedia perkhidmatan e-dompet tersebut akan memberitahu anda tentang status permohonan anda.

Hal ini adalah disebabkan jika permohonan anda tidak berjaya maka ianya juga akan dimaklumkan kepada anda.

Syarat Kelayakan Bantuan eMadani RM100

  • Merupakan seorang warganegara Malaysia yang berumur 21 tahun ke atas pada tahun 2023
  • Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) berdasarkan rekod pada 7 November 2023 ATAU;
  • Mempunyai pendapatan dan pendapatan tersebut adalah RM100,000 dan ke bawah setahun berdasarkan rekod Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) setakat 15 Julai 2023.

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan lanjut berkenaan eMADANI, berikut merupakan maklumat yang mungkin boleh anda dihubungi:

  • MAE: 1300-88-6688 atau emel ke mgcc@maybank.com.my
  • Setel: Emel ke hello@setel.com atau klik di SINI
  • ShopeePay: +603-2777 9222 atau klik di SINI
  • Touch ‘n Go eWallet: +603-5022 3888 atau klik di SINI

SUMBER : https://manfaat.mof.gov.my/e-MADANI