MySTR 2024 Fasa 1 : Tarikh & Jumlah Bayaran Dikreditkan

MySTR 2024 – Hanya Permohonan STR berstatus Lulus dan melepasi semakan verifikasi kelayakan yang boleh menerima bayaran STR untuk tahun 2024.

Mulai 1 November 2023, anda layak untuk memohon tahun 2024. Jika anda belum membuat permohonan, sila buat sekarang. Jika anda sudah membuat permohonan, sila semak statusnya. Pastikan borang permohonan anda diisi dengan lengkap dan betul.

Kadar Bantuan

Kementerian Kewangan telah mengeluarkan Belanjawan 2024 yang mengandungi bantuan STR 2024. Jumlah bantuan tersebut adalah:

Pendapatan Isi Rumah : Kurang daripada RM2,500 sebulan

  • RM2,500 : 5 Anak Atau Lebih
  • RM2,000 : 3 – 4 Anak
  • RM1,500 : 1 – 2 Anak
  • RM1,000 : Tiada Anak

Pendapatan Isi Rumah : RM2,501 – RM5,000

  • RM1,250 : 5 Anak Atau Lebih
  • RM1,000 : 3 – 4 Anak
  • RM750 : 1 – 2 Anak
  • RM500 : Tiada Anak

Warga Emas Bujang

  • RM600

Bujang (Pendapatan kurang daripada RM2,500)

  • RM350

Baca Juga:

Kadar Bayaran MySTR 2024 Fasa 1

Kadar bayaran STR 2024 adalah bergantung kepada kelayakan bayaran pada fasa permohonan yang telah diluluskan.

Penerima STR akan menerima bayaran berfasa bergantung kepada kategori kelayakan mereka untuk setiap fasa permohonan.

Amaun kelayakan mengikut fasa permohonan STR 2024 Fasa 1 adalah seperti berikut:

KATEGORI ISI RUMAH

Pendapatan Isi Rumah RM2500 ke bawah (tiada had umur)

  • Tiada anak : RM500
  • 1-2 anak : RM500
  • 3-4 anak : RM500
  • 5 anak atau lebih : RM500

KATEGORI ISI RUMAH

Pendapatan Isi Rumah RM2500 – RM5000 (tiada had umur)

  • Tiada anak : RM100
  • 1-2 anak : RM1503-4 anak : RM250
  • 5 anak atau lebih : RM300

BUJANG / WARGA EMAS TIADA PASANGAN

  • Pendapatan Bujang bawah RM2500 (Berumur 21-59 tahun / OKU berumur 19-59 tahun) : RM150
  • Pendapatan Warga Emas Tiada Pasangan RM5000 ke bawah (Berumur 60 tahun ke atas) : RM150

MySTR 2024

Tarikh Bayaran MySTR 2024 Fasa 1

Untuk tahun 2024, berikut adalah bayaran 4 fasa Sumbangan Tunai Rahmah:

  • Fasa 1 : Februari 2024 (*dijangka disalurkan sebelum Ramadan)
  • Fasa 2 : April 2024
  • Fasa 3 : Ogos 2024
  • Fasa 4 : November 2024

Perlu Atau Tidak Kemaskini Permohonan STR?

Untuk pemohon yang ingin tahu sama ada perlu mengemaskini permohonan lama atau tidak, inilah jawapannya:

MySTR 2024

Borang Sumbangan Tunai Rahmah 2024

Anda boleh mendapatkan borang permohonan STR 2024 BK-01 [1/2024] secara percuma dengan dua cara: melawat laman portal MySTR atau mengambilnya di mana-mana Pejabat HASiL/Pejabat Satelit HASiL/UTC HASiL yang terdekat.

Bagi secara online, boleh download melalui pautan rasmi berikut – klik DI SINI

Kadar Tambahan Sumbangan Asas Rahmah 2024 (SARA)

SARA atau Sumbangan Asas Rahmah merupakan salah satu penambahbaikan yang diperkenalkan oleh STR bagi tahun 2024. SARA bertujuan untuk meningkatkan kualiti hidup rakyat dengan memberikan bantuan kewangan dan perkhidmatan sosial.

Berikut adalah kategori dan kadar tambahan yang akan diterima bagi yang layak:

AMAUN BAYARAN BAGI KATEGORI YANG LAYAK TERIMA BANTUAN TAMBAHAN SARA 2024

  • Penerima STR berstatus MISKIN dan MISKIN TEGAR di bawah eKasih atau JKM : RM1200 (RM100 sebulan)
  • Penerima Isi Rumah STR dan bukan berstatus Miskin dan Miskin Tegar di bawah eKasih atau JKM : RM300
  • Penerima Bujang & Warga Emas Tiada Pasangan STR dan bukan berstatus Miskin dan Miskin Tegar di bawah eKasih atau JKM : RM150

Penghantaran Borang Secara Manual MySTR 2024 Fasa 1

Anda boleh menghantar borang STR 2024 yang telah diisi dengan lengkap dan dokumen sokongan yang berkaitan ke pejabat HASiL/pejabat satelit HASiL/UTC HASiL yang terdekat.

Pemohon yang menghantar borang secara manual, akan diberikan keratan Akuan Penerimaan Permohonan STR seperti berikut:

MySTR 2024

Maklumat Lanjut

Untuk mengetahui lebih lanjut, sila rujuk laman web rasmi Sumbangan Tunai Rahmah 2024 di https://bantuantunai.hasil.gov.my/ atau terus semak lampiran Soalan Lazim melalui fail PDF berikut: