MySARA 2023 : Bantuan Tambahan RM1,200 Secara Berperingkat

MySARA – Bantuan dan inisiatif yang berbeza-beza telah diperkenalkan oleh pelbagai Kementerian atau Jabatan Kerajaan, bergantung kepada kumpulan sasar dan tanggungjawab masing-masing.

Pada 24 Februari 2023, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri, telah mengemukakan Belanjawan 2023 di Dewan Rakyat. Belanjawan ini sejajar dengan visi beliau untuk memajukan negara dan merangkumi pelbagai program dan inisiatif.

Salah satu inisiatif yang diumumkan dalam Belanjawan 2023 ialah Sumbangan Asas Rahmah (SARA).

Bantuan RM1,200

Program Sumbangan Tunai Rahmah (STR) adalah inisiatif kerajaan untuk membantu golongan yang kurang bernasib baik. Kerajaan telah mengumumkan bahawa program ini akan disambung dalam Belanjawatan 2023. Selain itu, penerima STR yang berhak juga akan diberi SARA, iaitu elaun tunai tambahan untuk menampung kos kehidupan mereka.

Bagi tahun hadapan, kadar SARA akan dinaikkan kepada RM1,200 berbanding RM600 tahun ini.

SARA akan memberi bantuan tanpa tunai sebanyak RM100 sebulan kepada penerima yang layak. Bantuan ini akan diberikan secara automatik selama 12 bulan melalui MyKad mereka.

MySARA

Baca Juga:

Syarat-syarat Kelayakan Bantuan MySARA

  • Mestilah Warganegara Malaysia;
  • Individu pemohon tersenarai sebagai isi rumah miskin dan miskin tegar di bawah data e-Kasih dan JKM;
  • Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2023 kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas Tiada Pasangan.

Tarikh Pembayaran Bantuan MySARA Dikreditkan

Mulai Januari 2024, bantuan STR akan diberikan kepada penerima yang permohonan mereka telah diluluskan dan memenuhi syarat kelayakan.

Untuk membeli keperluan runcit asas, penerima yang layak akan diberitahu tentang kedai runcit terdekat yang boleh mereka pergi.

Pada saat ini, kami mempunyai lebih 600 rakan runcit di seluruh Malaysia, antaranya Mydin, Giant, Econsave, The Store, Pacific, Milimewa, 99 Speedmart, Lotus Stores (Tesco), dan juga pasar raya serta pasar mini yang tidak berjenama.

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lebih teliti berkenaan SARA, sila rujuk di Ringkasan Belanjawan 2024 – DI SINI.