Bantuan RM100 Setiap Bulan Dikreditkan Dalam MyKad

Bantuan RM100 Setiap Bulan : Penerima STR akan mendapat manfaat daripada Bantuan Khas SARA yang diumumkan dalam Belanjawan 2024. Program ini melibatkan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) sebanyak RM100 sebulan selama 12 bulan untuk 700 ribu penerima STR. Bantuan ini bertujuan untuk membantu penerima STR membeli barang-barang asas di kedai runcit.

SARA, yang merupakan Sumbangan Asas Rahmah, telah diagihkan kepada lebih 200,000 penerima STR atau Sumbangan Tunai Rahmah. Setiap penerima mendapat RM600 daripada program ini.

Barangan keperluan makanan asas dapat diperolehi oleh penerima melalui sumbangan yang disifatkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Permohonan Bantuan RM100 Setiap Bulan (SARA)

Melalui Belanjawan Madani 2023, isi rumah dengan lima anak atau tiga anak dan kadar tambahan yang penting iaitu untuk miskin tegar, mendapat bantuan SARA tambahan RM600.

Dalam Belanjawan 2024 pula, bantuan ini diluaskan lagi kepada 700,000 penerima STR dengan bayaran RM100/sebulan untuk 12 bulan melalui langkah yang sama – iaitu melalui MyKad.

Kategori Yang Layak Menerima Bantuan STR Tambahan @ Sumbangan Asas Rahmah (SARA)

Untuk penerima isi rumah yang tergolong dalam kategori miskin tegar, mereka akan mendapat RM600 sebagai kadar tambahan STR yang diperuntukkan khas untuk mereka.

Bantuan RM100 Setiap Bulan

Baca Juga:

Kelayakan Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA)

  • Penerima isi rumah yang tersenarai sebagai Miskin Tegar dalam rekod data eKasih; dan
  • Pendapatan isi rumah tidak melebihi PGK Miskin Tegar RM1,169 berdasarkan semakan silang agensi pendapatan

Sila rujuk cara penggunaan kad MyKasih untuk pembelian barangan asas dan keperluan : MyKasih: Semakan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) STR 2023.

Tarikh Bayaran Bantuan RM100 Setiap Bulan (SARA)

Penerima-penerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) untuk tahun 2023 boleh menikmati bantuan tambahan yang telah dimulakan pada 17 Julai 2023. Bantuan ini akan berterusan selama enam bulan, iaitu dari Julai hingga Disember 2023, bagi mereka yang tinggal di negeri-negeri Semenanjung Malaysia.

Manakala bagi negeri-negeri di Sabah, Sarawak & WP Labuan, bayaran sebanyak RM600 secara tunai atau melalui akaun bank akan dikreditkan sekaligus.

Sila rujuk jadual berikut :

  • SARA 1 – 17 Julai 2023 (RM100)
  • SARA 2 – 1 Ogos 2023 (RM100)
  • SARA 3 – 1 September 2023 (RM100)
  • SARA 4 – 1 Oktober 2023 (RM100)
  • SARA 5 – 1 November 2023 (RM100)
  • SARA 6 – 1 Disember 2023 (RM100)

Bagi tahun 2024, bantuan SARA ini akan diberikan sebanyak RM100 sebulan untuk tempoh 12 bulan – dengan jumlah bantuan RM1200.

Bantuan RM100 Setiap Bulan

Berikut adalah jadual pelaksanaan bantuan SARA 2023 mengikut negeri-negeri yang terlibat. Bantuan ini akan diberikan secara berperingkat kepada penerima yang layak:

  • 17 Julai 2023 – Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya, Selangor, Negeri Sembilan, Kedah, Pulau Pinang, Terengganu & Kelantan
  • 31 Julai 2023 – Perlis, Perak, Pahang, Melaka & Johor
  • 7 Ogos 2023 – Sabah, Sarawak & Wilayah Persekutuan Labuan (Bayaran RM600 akan dikreditkan ke akaun bank / secara tunai sekaligus di cawangan Bank Simpanan Nasional seluruh negara.

Maklumat Lanjut

Pemohon STR boleh merujuk Soalan Lazim (FAQ) di Portal Rasmi STR melalui pautan https://bantuantunai.hasil.gov.my bagi maklumat lanjut.