Pengeluaran Khas KWSP Bersyarat Serendah RM3,000 Kini Dibenarkan!

Pengeluaran Khas KWSP Bersyarat Serendah RM3000 – FSA2 merupakan program baru yang membolehkan ahli KWSP mengakses simpanan Akaun 2 mereka. Program ini bertujuan untuk membantu ahli KWSP yang terjejas akibat pandemik COVID-19. Sehingga kini, lebih 4 juta ahli KWSP telah mengambil kesempatan untuk mengeluarkan simpanan mereka melalui FSA2.

Anda boleh mengeluarkan wang dari akaun KWSP anda di bawah FSA2. Jumlah pengeluaran yang dibenarkan adalah antara RM3,000 hingga RM50,000.

Pengeluaran Khas KWSP Bersyarat Serendah RM3000

Ahli yang ingin membuat permohonan awal Pengeluaran Bersyarat Umur 50 tahun atau 55 tahun boleh menggunakan FSA2. FSA2 adalah satu kemudahan yang membantu ahli mendapatkan pembiayaan peribadi daripada institusi perbankan.

Para ahli boleh memohon pembiayaan peribadi dari institusi perbankan dengan menggunakan simpanan dalam akaun 2. Pengeluaran simpanan akan dibuat terus kepada institusi perbankan apabila ahli mencapai umur 50 hingga 55 tahun, bergantung kepada pilihan umur pengeluaran ahli. Permohonan ini membolehkan ahli mengambil kira baki simpanan yang ada.

Ahli dikehendaki menjelaskan bayaran bulanan yang telah ditentukan oleh institusi perbankan tanpa gagal setiap bulan.

Pengeluaran Khas KWSP Bersyarat

Baca Juga:

Amaun Kelayakan Pengeluaran Simpanan

Berikut adalah merupakan amaun pengeluaran yang boleh dibuat berdasarkan simpanan Akaun 2:

Pengeluaran Khas KWSP Bersyarat

Syarat Pengeluaran Simpanan

Untuk membuat pengeluaran, anda perlu mematuhi syarat-syarat berikut:

  • Terbuka kepada ahli yang belum mencapai umur 55 tahun (tertakluk kepada syarat umur kelayakan yang ditetapkan oleh institusi perbankan yang berkenaan)
  • Merupakan Warganegara Malaysia
  • Permohonan adalah sekali sahaja
  • Permohonan yang telah lulus tidak boleh dibatalkan
  • Amaun simpanan minimum RM3,000 dalam akaun 2
  • Untuk pengeluaran bersyarat, had pengeluaran adalah RM50,000 daripada akaun 2, bergantung kepada jumlah pembiayaan peribadi yang diberikan oleh bank. Sila pastikan anda mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan.

Pengeluaran Khas KWSP Bersyarat

Cara Membuat Permohonan Pengeluaran Khas KWSP Bersyarat Serendah RM3000

Permohonan boleh dibuat secara dalam talian melalui institusi perbankan yang mengambil bahagian. Terdapat 3 langkah utama yang perlu dilakukan oleh ahli:

  • Langkah 1: Membuat semakan awal kelayakan simpanan Akaun 2 melalui portal institusi perbankan yang mengambil bahagian.
  • Langkah 2: Membuat permohonan pembiayaan peribadi melalui portal institusi perbankan mengikut terma dan syarat yang ditetapkan oleh institusi perbankan.
  • Langkah 3: Mengemukakan permohonan awal Pengeluaran Bersyarat Umur 50 Tahun atau 55 Tahun dengan KWSP melalui portal institusi perbankan, berdasarkan amaun pembiayaan peribadi yang telah diluluskan oleh institusi perbankan berkenaan.

4 Juta Pencarum Akan Mendapat Manfaat Melalui Pengeluaran Simpanan

Lebih daripada 4 juta ahli yang berumur di bawah 55 tahun dan layak untuk mendapat manfaat daripada kemudahan ini. Kemudahan ini telah disediakan untuk mereka.

Kadar faedah (konvensional) atau kadar keuntungan (islamik) yang akan dikenakan oleh institusi perbankan dijangka antara 4% hingga 5% setahun

Kadar ini jauh lebih rendah daripada kadar pasaran semasa pembiayaan peribadi daripada institusi perbankan yang lain.

Pencarum Boleh Membuat Pengeluaran Sehingga RM50,000

Anda boleh memohon pembiayaan dari RM3,000 hingga RM50,000 bergantung kepada jumlah simpanan yang ada di Akaun 2 KWSP anda. Pembiayaan ini tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan oleh bank yang anda pilih.

Memandangkan jumlah caruman dalam Akaun 2 hanyalah sokongan, pembiayaan ini tidak bercanggah dengan peruntukan Akta KWSP.

Menurut data terkini sehingga 31 Januari 2023, hanya 38% daripada ahli yang berusia 40 hingga 55 tahun mempunyai baki akaun 1 melebihi RM10,000. Ini bermakna bahawa sebanyak 1.89 juta ahli dalam kumpulan umur ini mempunyai simpanan kurang daripada jumlah tersebut.

Oleh sebab itu, penting untuk membina semula tabungan bagi kumpulan ini agar mempunyai simpanan mencukupi untuk hari tua nanti.

Maklumat Lanjut Pengeluaran Khas KWSP Bersyarat Serendah RM3000

Sebarang maklumat lanjut berkaitan FSA2 boleh diperolehi melalui saluran berikut: