Bantuan Roadtax Percuma Bersyarat Tahun 2024

Bantuan roadtax percuma adalah salah satu inisiatif kerajaan Malaysia yang telah diperkenalkan sejak Belanjawan 2022 dan diteruskan sehingga kini di tahun 2024. Inisiatif ini bertujuan untuk meringankan beban rakyat Malaysia yang terjejas akibat pandemik Covid-19.

Kerajaan mengambil langkah ini sebagai usaha untuk memberikan perhatian dan bantuan yang sesuai kepada golongan yang layak, supaya semua rakyat Malaysia dapat menikmati keperluan asas kehidupan yang moden.

Pihak Kementerian Pengangkutan telah mengumumkan pelan insentif ini melalui Jabatan Pengangkutan Jalanraya (JPJ). Pelan ini bertujuan untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan pengangkutan awam dan menggalakkan penggunaan kenderaan mesra alam.

Bantuan Roadtax Percuma

Baca Juga:

Syarat Bantuan Roadtax Percuma

  • Pemohon mestilah mempunyai lesen memandu.
  • Individu OKU atau ibu bapa/penjaga atau pasangan telah pun berdaftar di Jabatan Kebajikan Masyarakat(JKM)
  • Kenderaan tersebut hendaklah didaftar dan dilesenkan atas individu OKU yang memohon
  • Untuk memenuhi keperluan individu OKU, kenderaan tersebut perlu diubahsuai dengan cara yang sesuai.
  • Hanya kenderaan pemasangan tempatan (CKD) dan kereta buatan tempatan yang boleh digunakan jika kereta belum diubahsuai.
  • Pengecualian juga buat kepada kenderaan yang didaftarkan kepada ibubapa, penjaga, pasangan individu OKU
  • Hanya terpakai untuk 1 kereta dan 1 motor sahaja

Bantuan Roadtax Percuma

Tarikh Permohonan Bantuan Roadtax Percuma

Pemohon yang layak untuk pengecualian cukai jalan OKU boleh mengemukakan permohonan mereka sejak 15 Mac 2022 dan dibuka sehingga hari ini.

Cara Mohon Bantuan Roadtax Percuma

Pemohon hendaklah membuat permohonan di pejabat Jabatan Pengangkutan Jalan(JPJ) bagi individu OKU yang pertama kali mendaftar dan bawa borang permohonan cukai jalan, dapatkan DI SINI.

Untuk berurusan di pejabat Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), anda perlu membawa dokumen-dokumen yang berkaitan. Antara dokumen yang perlu di bawa adalah:

  • Salinan asal kad OKU dan salinannya
  • Kad pengenalan beserta salinan
  • Salinan lesen memandu
  • Surat wakil dan juga kad pengenalan wakil sekiranya wakil yang hadir ke kaunter

Maklumat lanjut

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan lanjut, boleh terus hubungi Jabatan Pengangkutan Jalan terdekat anda atau Ibu Pejabat JPJ seperti di bawah:

Ibu Pejabat Jabatan Pengangkutan Jalan
Kementerian Pengangkutan Malaysia
Aras 3-5, No. 26, Jalan Tun Hussein, Presint 4
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62100 Putrajaya

No. Telefon Umum : 03 8000 8000
No. Faks : 03 8881 0194