Kerajaan Naikkan Gaji RM2000, Elaun Pelbagai RM500 & Kenaikan Tahunan RM100

Kerajaan Naikkan Gaji RM2000 – KUALA LUMPUR: Penyelarasan atau peningkatan gaji bagi imam, bilal, dan siak adalah perlu sebagai tanda penghargaan kepada mereka kerana telah mengambil peranan penting dalam masyarakat.

Adalah baik jika kerajaan atau pihak berkuasa agama mengambil inisiatif untuk menaikkan gaji mereka, memastikan mereka mendapat ganjaran yang layak atas perkhidmatan dan sumbangan mereka kepada komuniti.

Kerajaan Naikkan Gaji RM2000 Agar Semua Imam Mendapat Gaji atau Elaun Yang Setimpal

Ketidakserasian antara persepsi umum tentang gaji seseorang dan realiti gaji yang diterima oleh individu itu bukan perkara baru. Terdapat situasi yang tular di media sosial mengenai seorang imam muda yang meluahkan ketidakpuasan hati terhadap elaun atau gaji yang setimpal.

Amin Sarif iaitu pemilik akaun Facebook Muhammad Amin Mohammad Sarif menyatakan perasaan kekecewaan beliau di laman sosial tersebut bahawa ramai pihak yang menyangka gaji beliau adalah sebanyak RM3000 sebulan sedangkan gaji beliau hanya mencecah tiga angka sahaja dan tidak sampai RM1,000.

Perkongsiannya di laman sosial tersebut beliau berkata ““Saya hanya ditugaskan untuk datang memimpin solat lima waktu berjadual. Saya datang bertugas imam, lepas bertugas saya balik.”

Bukan Mudah Untuk Menjadi Seorang Imam

“Orang nampak mudah jadi imam. Masuk bertugas waktu solat dan ada banyak masa lapang. Tapi bila hal-hal masjid, orang akan cari imam dulu. Nak buat bacaan yasin tahlil, cari imam. Ada ahli kariah meninggal, cari imam. Ada orang susah perlukan bantuan, cari imam.

“Imam tetap akan cuba memenuhi keperluan kariah, cuma siapa pula yang akan memenuhi keperluan imam?”

Kerajaan Naikkan Gaji RM2000

Baca Juga:

Dalam perkongsian tersebut juga, beliau menyatakan bahawa beliau tiada mendapat sebarang manfaat perubatan atau polisi takaful sepanjang empat tahun bertugas sebagai imam selain dari elaun yang diberikan.

Termasuk tiada sebarang caruman yang beliau dapat seperti Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan perlindungan caruman dengan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO)

Sumber : Berita Harian