MyKasih 2024 : Semakan Status Bayaran SARA Fasa 1

MyKasih 2024 – Dalam Belanjawan 2024, kerajaan telah mengumumkan bahawa penerima STR yang berjumlah 700 ribu orang akan mendapat Bantuan Asas Rahmah (SARA) sebanyak RM100 setiap bulan selama setahun. Bantuan ini bertujuan untuk membantu mereka membeli keperluan asas di kedai-kedai runcit yang terlibat.

SARA, yang merupakan Sumbangan Asas Rahmah, telah diagihkan kepada lebih 200,000 penerima STR, iaitu Sumbangan Tunai Rahmah. Setiap penerima mendapat RM600 daripada program bantuan ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan sumbangan itu bagi membolehkan penerima mendapatkan barangan keperluan makanan asas.

Bantuan MyKasih 2024 – Sumbangan Asas Rahmah (SARA)

Untuk membantu golongan miskin tegar, Belanjawan Madani 2024 mengumumkan bantuan SARA tambahan sebanyak RM1200 bagi isi rumah yang mempunyai lima anak atau tiga anak dan kriteria tambahan yang relevan.

Untuk Belanjawan 2024, bantuan STR diberikan kepada 700,000 penerima dengan kadar RM100/sebulan selama 12 bulan. Kaedah pembayaran adalah sama seperti sebelum ini, iaitu menggunakan MyKad.

Kategori Yang Layak Menerima Bantuan STR Tambahan @ Sumbangan Asas Rahmah (SARA)

Kadar tambahan STR berjumlah RM1200 dikhususkan kepada penerima isi rumah yang telah dikenal pasti berada dalam kategori miskin tegar.

MyKasih 2024

Baca Juga:

Kategori & Jumlah Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2024

Data e-Kasih dan JKM menetapkan dua kategori baharu bagi golongan miskin, iaitu isi rumah miskin dan miskin tegar. Golongan ini berhak mendapat bantuan kewangan daripada Program SARA, iaitu RM100 sebulan selama setahun bermula Januari. Selain itu, mereka juga boleh memohon STR yang memberi sumbangan sehingga RM2500 bergantung kepada jumlah anak.

MyKasih 2024

Rujuk lampiran penuh di bawah:

Semakan Kelayakan

Berikut kami kongsikan cara untuk membuat semakan kelayakan bantuan.

Penerima yang layak boleh membuat semakan terus di laman web STR, iaitu melalui pautan https://bantuantunai.hasil.gov.my/

Semakan Status MyKasih 2024

Bagi mengetahui sama ada anda layak menerima bantuan asas barang dapur melalui Sumbangan Asas Rahmah (SARa), terdapat 5 kaedah yang boleh dilakukan iaitu;

  • Semakan melalui Portal MySTR
  • Semakan terus melalui portal rasmi MyKasih
  • Surat Pemakluman
  • Sistem Pesanan Ringkas (sms blast)
  • Menghubungi MyKasih, HASIL atau MOF

Semakan Melalui Portal MySTR

Anda boleh membuat semakan melalui portal MySTR melui pautan berikut;

  • Layari https://bantuantunai.hasil.gov.my
  • Klik Log Masuk MySTR
  • Masukkan Nombor MyKad Pemohon
  • Pengesahan Kata Kunci Keselamatan
  • Masukkan Kata Laluan
  • Klik SEMAKAN PERMOHONAN

Penerima yang layak akan menerima status seperti berikut dalam MySTR masing-masing dengan jumlah bayaran turut tertera;

Semakan Melalui Portal MyKasih 2024

Semakan secara online juga boleh dibuat melalui portal MyKasih seperti berikut;

Penerima yang layak, akan menerima status yang mengandungi maklumat berikut;

  • Status – Layak
  • Jumlah baki terkini
  • Nama
  • Nombor MyKad
  • Program bermula
  • Program berakhir

MyKasih 2024

Tarikh Bayaran Bantuan RM100 (SARA)

Bagi tahun 2024, penerima bantuan yang berstatus Miskin Tegar di bawah eKasih atau JKM akan mendapat bantuan tambahan sebanyak RM100 setiap bulan. Bantuan ini akan disalurkan mulai Januari hingga Disember 2024.

Manakala bagi penerima isi rumah STR, bujang dan warga emas, tarikh bayaran akan diumumkan kelak.

Maklumat lanjut mekanisme pelaksanaan SARA pula boleh dirujuk melalui pautan https://www.mykasih.com.my mulai 22 Januari 2024.

MyKasih 2024

Bagi tahun 2024, bantuan SARA ini akan diberikan sebanyak RM100 sebulan untuk tempoh 12 bulan – dengan jumlah bantuan RM1200.

MyKasih 2024

Maklumat Lanjut

Pemohon STR boleh merujuk Soalan Lazim (FAQ) di Portal Rasmi STR melalui pautan https://bantuantunai.hasil.gov.my bagi maklumat lanjut.

Ikuti Group Whatsapp Info Bantuan Kerajaan 2024 :